Tuesday, February 17, 2009

Memori alam persekolahan II

Sukan sekolah rendah Relong begitu meriah saya rasakan, macam pesta SUKMA sekarang, sebelum sukan murid-murid dah belatih waktu pagi dan petang.Kawan sebaya saya seperti Burhan Daud(dah meninggal),Adnan Kadir (sekarang pengetua dilipis),azhar budak bapong,wan gani (anak tok penghulu),zaiton(anak tokempat),miah (sepupu saya),zainon (anak polis) dan lain-lain semua hebat. Saya lebih banyak menumpukan bidang kegemaran saya lompat jauh atau lompat kijang.Saya amat suka ini kerana bila terjun jatuh atas pasir, kalau dari tepi sungai pula saya amat suka panjat pokok ara dekat rumah We Kadir dan terjun kesungai itu sampai kaki jejak kepasir atau tanah liat yang cantik.Selain kami bersedia dengan acara sukan kami juga bersedia membuat rumah sukan.Rumah kami diketuai oleh Cikgu Deraman yang banyak masa garang dari masa lembut dengan murid-murid, tapi dengan saya dia mati akal kerana budak nama minun ini memang nakal dan licik.Kami mencari pokok buluh, daun resam, daun paku dan daun pedor untuk membuat rumah sukan.Selain dari alatan kertas minyak dan kertas bunga yang disponsor oleh Cikgu Deraman dan malahan makgu Simah turut membantu kami buat rumah.Ini lah semangat guru dulu dan isterinya membantu alam persekolah kami tapi hari ini amat jauh sekali sikap guru-guru sekarang.Rumah yang siap akan diadili dan sebahgaian dari markah keseluruhan bagi piala rumah-rumah.Nama rumah yang saya ingat kami mengikut warna iaitu merah.Jadi kami hias rumah kami dengan bebunga kertas yang banyak tepi sekolah, inilah membuat rumah kami menang juara lagipun murid-murid yang jadi ahli rumah kami walau tak begitu kuat tapi semangat tinggi misalnya Burhan walau pendek dia lari macam kuda lajunya.Saya pula selain kuat terjun sungai bila petang nakbalik kerumah saya melompat batas-batas dalam paya dekat Bukit Berangan untuk menambah skill lompatan saya.Bagitu juga dengan Azhar budak bapong walau gagap bila berlari tak tekalah kita dibuatnya.

Bila hari sukan sebenar kami berbaris dengan bendera masing-masing dan makgu Simah siap dengan air oren atau sirap untuk kami yang berlari, cikgu Deraman mengarahkan murid bersedia untuk masuk padang dengan event masing-masing.Dekat petang bila sampai waktu menyampaikan hadiah biasanya datanglah ADO pejabat Daerah Lipis menyampaikan hadiah biasanya selalu datang ADO Lember (kenapa orang kata gitu hingga hari ini saya tidak menemui jawapannya.Kesimpulannya Rumah kami Merah yang juara, Cikgu Deraman tersenyum lebar kerana dia Guru rumah.Saya bila masuk asrama penuh diJenan (sultan Abdul halim ,jitra meneruskan kerjaya sebagai perlompat jauh dan main rugby,ini akan saya coretkan dalam episod akan datang)

Dr Aminudin (selain bersukan masuk juga aktiviti drama)

4 comments:

rahimin idris said...

salam tuan doktor,

aki madon tukang calat tu, lebai madon tu ke?

tanya je. takut salah orang. sebab arwah cikgu kome dulu orang relong juga. nama dia cikgu hasan bin lebai madon.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr rahimi, setahu saya anak-anak aki madon ialah sahak, ustaz akob, dan seorang perempuan.Hasan mungkin tidak kerana paling tua ustaz akob masih hidup, sahak lagi muda.Saya tak tahu kod lebai madon ni orang kg behrang setahu saya cikgu hassan tiada nama itu direlong.Hassan yang yang ada ialah Hassan Titik (tukang besi),Pakatih Hassan (paksaudara saya),Hassan Rela(ketua Rela Jerantut).Itu yang seingat saya generasi tahun 80an atau 7oan lahir saya tidak begitu arif.

Terima kasih

baain said...

ADO Lember itu orang beri nama dia begitu kerana ada seorang di Bercang serupa muka dengan ADO itu. Orang Berchang pinggil dia Aki Lember. Aki Lember ini badannya gempal seperti juga badan ADO itu. Muka ADO itu ada iras-iras wajah Aki Lember.

baain said...

Isteri Cik gu Deraman ialah Cik gu Zainab. Mak gu Simah ialah Isteri Cik gu Mat Ludin (pak embong mat ludin) Cik gu Dasimah ialah Isteri Cik gu Jamin masih ada di Batu Talam. Cik gu Zainab sudah meninggal dunia ketika ke Makkah. Cik Gu Draman kawin lain kini. Dia masih sehat boleh memandu vannya.