Monday, July 20, 2009

Sungai Temau, Lipis

Kampong Sungai Temau, Kuala lipis wujud kerana ada perhentian kecil keretapi yang berhenti macam tak nak berhenti sahaja.Perhentian kecil macam ini selalunya memberi peluang pada kanak-kanak sekolah yang hendak menaikinya.Dikampong ini terdapat sepupu kami tinggal iaitu Pakcik Rahman dan juga keatas sedikit diMerapoh Pakcik Rahmat yang mereka ini asal dari Relong dan kebetulan pula suka tinggal dekat sungai macam saya disungaibatu.Kampong Temau ini mengambil sempena nama sungai Temau yang bertemu dengan sungai Caluh yang kemudiannya air mengalir keSungai Lipis.Mungkin berkat tinggal tepi sungai dan minum air sungai banyak diantara keluarga kami yang berjaya masuk Universiti.Begitu juga keluarga pakcik Rahman yang anaknya Tahrif, Anderail dan Nazri yang tinggal diSungai Temau ini merupakan anak-anak kampong pendalaman yang keluar Universiti.Saya seperti yang pernah coretkan terpaksa bangun subuh sekitar jam 5 pagi untuk kesekolah begitu jugalah dengan Anderail.Mereka duduk disana sekitar tahun 70an adalah kawasan lebih ulu dari kami dan yang masih belum putih dari segi keselamatannya.Bagi membangunkan kawasan itu FELDA dan FELCRA telah membuka rancangan atau projek mereka disitu inilah patut diberi pujian.FELDA ada diCegar Perah dan Kecahu Tui dan FELCRA ada diTemau.Begitu juga saya difahamkan ladang LKPP ada juga dekat Sungai Teamu itu.Hari ini seperti saya coretkan Anderial mengajar diSekolah Mat Kilau, Tahrif menjadi Bos ,Pejabat tanah Jerantut dan Nazri berniaga diselayang setelah berhenti dengan Petronas.Kami sekeluarga sering berhubung dan nampaknya seperti yang saya tulis berulang kali bahawa tidak banyak pembangunan disebelah Pahang barat terutama Kuala Lipis khususnya Ulu Lipis (dari Relong hinggalah keMerapoh) dan ini perlulah dilihat oleh orang nombor wahid yang berkuasa diPutrajaya sekarang.

Dr Aminudin

1 comment:

fairuz_dpim said...

salam dr..sya fairuz cucu kpd medah ahmad..knal x nnk sya?lau knal sulaiman embun msti knal medah ahmad..sya trut dlhirkan di kg.sgai temau,sya suka perkataan "mungkin berkat air sungai ramai waris msk universiti"sy bersetuju dgn pe yg dtlis 2..