Tuesday, July 7, 2009

Paya Luas dan Sg.Penderas, Temerloh

Kampong Paya Luas dan Sungai Penderas,Temerloh terletak diutara Daerah ini yang mengingatkan saya kepada seorang Tokempat(ketua kampong) yang selalu memperlawa saya dan anak-anak memakan buah-buahan dikebunnya bila musim buah tiba.Kami akan dihidangkan dengan longgokan buah rambuatan, langsat, manggis dan durian bila tiba musim buah menjadi.Ini menjadikan semacam kampong saya juga diRelong, walaupun diRelong kalau musim buah ianya memang banyak seperti yang pernah saya coretkan.Kampong paya luas mendapat namanya kerana ia banyak paya dan memang luas pula.Namun hari ini ia telah gersang dan tidak diusahakan lagi.Namun begitu banyak juga paya-paya itu dijadikan kolam ikan oleh penduduk kampong, sekurang-kurang ia tidaklah terbiar.Begitu jugalah diRelong dikampong kami paya-paya ini telah ditanam dengan limau madu macam Pakcu Husin saya mengusahakan tanahnya dekat Masjid Kg.Relong tetapi sekarang mungkin sudah tidak dijaga lagi.Kampong paya Luas ini bersebelahan dengan kampong Sungai Penderas yang merupakan perkampongan orang asli yang mana setahu saya mempunyai infrastruktur yang baik.Disitu terdapat sekolah orang asli yang cantik dan saya pernah melawat sekolah ini sewaktu ia hendak dibina.Sungai Penderas ketika itu airnya cantik dan bersih yang mengalir dekat dewan orang ramainya.Begitu juga dengan batin ketika itu ialah ayah kepada Rosli yang juga merupakan kawan saya diSekolah Batu Satu,Kuala Lipis yang pernah saya coretkan yang beberapa bulan saya belajar disitu sebelum saya bertukar keSekolah Menengah Rendah Padang Tengku.Kawan saya juga ketika itu ialah Senator Orang ASli, Long Jidin yang akhirinya meninggal sebagai seorang muslim.Jadi perkampongan orang asli telah banyak yang membangun namun begitu kampong-kampong orang asli diulu Lipis perlulah diberikan perhatian sekarang kerana saya dapati Parti Keadilan begitu memberikan perhatian kepada undi yang akan diraih dari orang asli, malahan web menggunakan loghat orang asli telah memikat hati mereka.Sebagai rakyat mereka berhak mendapat pembelaan dan bantuan dari pihak kerajaan, malahan ada wakil rakyaat mendapat gelaran yang berkaitan dengan orang asli seperti menteri perlulah proaktif dari sekarang sebelum tiba pilihanraya yang akan datang.

Dr Aminudin

No comments: