Wednesday, July 15, 2009

Padang lalang,Kuantan

Padang Lalang,Kuantan adalah satu kawasan yang agak strategik dibandar Kuantan sekarang.Ia terletak bersebelahan Tanjong Api dan bangunan baru FELDA, Semai Bakti.Saya dapati bangunan Semai Bakti sekarang cukup besar dan mewah tidak seperti zaman kawan-kawan saya anak peneroka mendiami bangunan itu dahulu ditahun 1970an.Jadi sekarang cukup banyak kewangan yang dibelanjakan oleh FELDA bagi memajukan anak-anak peneroka.Padang lalang hari ini masih terdapat bengkel-bengkel kereta dan juga kejuruteraan.Kawan saya Jo yang mempunyai bengkel kereta disitu pernah memberitahu saya yang dia pernah menerima notis supaya berpindah dari situ, tapi hingga sekarang dia masih ada lagi disitu.Selain dari bengkel kita dapati beberapa tahun yang lampau ada cawangan IKIP diPadang lalang itu tetapi nampaknya telah tiada lagi.Apa yang ada disitu sekarang ialah cawangan kampus UITM. Jadi adakah ia sesuai disitu sedangkan saya ada membaca bahawa perancangan sekarang ini ingin menjadi Indera Mahkota sebagai pusat pendidikan dan ilmu, justeru itu mana satu perancangan yang hendak diikut.Seberang jalan atau bertentangan dengan Padang Lalang adalah barisan hotel-hotel Seri Malaysia dan Seasons dan kompleks kebudayaan.Dahulu depan itu ialah rumah MAKSAP itulah tempat kami bermain bola tampar dengan ajensi keselamatan nampaknya telah diswastakan oleh MAKSAP menjadi bangunan-bangunan kedai dan keuntungan dari projek itu patutlah MAKSAP menikmatinya sekarang.Begitu jugalah dengan KOSMA yang saya lihat telah ada mempunyai bangunan didalam kawasan tersebut, namun sejauh mana ahli-ahli KOSMA menerima dividen dari lot-lot ladang kelapa sawit mereka belumlah boleh dibanggakan lagi,namun bila setiap kali diadakan mesyuarat mereka selalu tersenyum gembira kerana dapat menyokong kroni mereka yang mentadbir syarikat kelapa sawit tersebut. Saya yang pernah membantu mendapatkan tanah-tanah untuk syarikat mereka itu hingga kehari ini masih belum mendapat pelawaan untuk menjadi ahlinya.

Dr Aminudin

No comments: