Sunday, July 5, 2009

Paya Dalam,Temerloh

Kampong Paya Dalam, Temerloh sekarang telah berkembang maju.Kampong ini terletak sekitar kampong batu satu dan batu tiga, jalan Temerloh-Mentakab.Dahulu kampong ini agak sunyi dari trafik, hari ini begitu banyak trafik lalu-lalang diatas jalan rayanya.Gedung beli belah Kowbaoi telah berdiri dengan megah dalam paya yang dahulunya adalah paya yang tidak ada orang mahu membelinya.Saya pernah dipelawa oleh broker iaitu waris saya juga yang merupakan seorang bekas tentera dan kemudian saya difahamkan telah berkahwin dengan seorang peniaga gerai mara dibandar Temerloh.Sayangnya saya tidak membeli tanah paya itu tetapi telah dibeli oleh taukeh emas Temerloh, jadi taukeh emas itu sudah tentu semakin kaya sekarang.Paya Dalam mengikut orang-orang disitu mendapat namanya kerana ia merupakan paya yang dalam dan kalau bebudak main disitu boleh jadi cengkelek.Paya Dalam ,sekarang dikelilingi begitu banyak Taman Perumahan sekarang baik dibelakangnya(Temerloh Jaya) mahupun disepanjang jalan menuju keTemerloh-Mentakab dan mengikut Cikgu Wan Muhammad (warisnya ramai diPenak)pula akan dibina jalan keretapi pula dari Kuantan ke Kuala Lumpur melalui Temerloh/Mentakab yang akan menyinggah kawasan ini juga.Kalau begitu akan teruslah berkembanglah Bandar Temerloh yang mana seperti saya katakan Temerloh adalah kawasan pembangunan strategik bagi Pahang barat ini.Masa kami(saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh) dahulu ada merancangkan dengan PKNP(SEDC) untuk menjadikan Bandar Temerloh sekitar Taman Perindustrian Temerloh sebagai Ibu Negeri Pahang yang baru dan kalau jadi sekarang semakin beruntunglah KIMDEC yang merupakan pemaju bandar baru itu.Namun hingga sekarang perkara ini tidak menjadi kenyataan.Inilah yang dinamakan perancangan tetapi walaubagaimanapun dimasa akan datang tiada siapa yang mengetahui,mungkin Menteri Besar yang akan datang membuat keputusan untuk menjadikan Temerloh sebagai ibu negeri Pahang.Kita telah melihat sejarah pernah melakarkan bahawa orang Temerloh pernah menjadi Menteri Besar, jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat.Jadi kesimpulanya Paya dalam sekarang sudah tidak dalam lagi, malahan Lurah Sementan yang dalam pun habis dikambus orang menjadikan bandar baru bagi perhentian bas sekarang.

Dr Aminudin

No comments: