Tuesday, July 7, 2009

Paya Sok,Temerloh

Kampong Paya Sok,Temerloh adalah sebuah kampong paling hujung didaerah Temerloh yang bersempadanan dengan Daerah Jerantut.Kalau kita silap cakap ia kadang-kandang bermakna paling akhir atau orang Pahang kata sot,paling sot.Ini mungkin betul juga kalau sot itu nama asal Kampong sok.Namun begitu ada juga dikalangan orang kampong mengatakan nama kampong itu Paya Sok adalah berasal dari nama seorang asli yang membuka pertempatan kampong itu.Ini adalah lebih logik kerana ia memang bersebelahan dengan kawasan rezab orang asli dan merupakan penempatan hidupan liar,iaitu Kerau Game Rezab.Selain dari itu kawasan ini memang popular dengan hidupan liar seperti pelandok,kijang,rusa,kancil,seladang dan lain-lain bila musim jabatan perhilitan mengeluar lesen memburu yang biasanya bulan November.Saya pernah ingat Haji Din yang juga cc kepada Encik Nawawi seperti yang pernah saya coretkan dalam entry Kampong batu Tiga adalah peminat memburu ini bila tiba musimnya.Saya kadang-kadang merasa juga daging kijang liar ini yang dihantar oleh Encik Nawawi.Apa yang mengingatkan saya kepada kampong Paya Sok ini ialah seorang kakak yang juga merupakan waris kepada Jamaludin seorang kakitanah pejabat daerah Temerloh yang gigih berusaha memajukan dirinya dimana kami memawah lembu-lembu kepada kakak ini untuk dibela.Apa nak jadi cerita bahawa kawasan Paya Sok telah diserang hawar penyakit kuku dan mulut dan lembu kami yang dikira-kira 50-60 ekor telah diserang hawar ini, maka agak kecewa juga saya bila terjadi demikian, manakala yang masih ada bakinya yang tidak dijangkiti hawar pula sudah tidak dapat dikesan kerana maklumlah pagar-pagar telah lama tidak dibaiki maka ia begitu mudah pecah dan lembu telah lepas lari entah kemana ataupun mungkin ada sang belang yang telah membahamnya maklumlah ia berhampiran dengan hutan simpan Kerau seperti yang saya katakan.Jadi begitulah risikonya kalau kita membela benda hidup yang kita tidak tahu apa yang terjadi pada hari esok, yang kalau kita kaji terhadap huruf e bagi perkataan esok dan ia dibuang maka jadilah SOK ! adakah ini hanya kebetulan ?

Dr Aminudin

No comments: