Tuesday, July 14, 2009

Pantai Sepat,Kuantan

Kampong Pantai Sepat,Kuantan terletak ditepi jalan Pekan-Kuantan yang lama dengan kita menyusur pantai itu.Jalan ini tidaklah lagi begitu sesibuk jalan Pekan-Kuantan melalui Kampong Kempadang yang pesat membangun sekarang.Pantai Sepat mengingatkan saya ketika bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan ,masa Pegawai Daerahnya Datok Muhayudin.Saya difahamkan dia telah uzur kerana sakit lutut buat masa ini.Semasa saya bertugas itu adalah kami membina beberapa infrastruktur bagi pantai ini yang saya dapati pantainya cantik dan boleh dijadikan tempat pesta permainan seperti futsal pantai dan bolatampar pantai.Banyak pokok-pokok ru dan kelapa tepi pantai ini.Namun ada juga saya melawat baru-baru ini kepantai itu kerana untuk melawat ternakan lembu secara fedlot dikampong sebelah darat pantai ini iaitu diPematang Habib namun kebersihannya tidaklah memuaskan.Pantai sepat mendapat nama kerana saya dimaklumkan dahulu banyak ikan sepat laut sekitar pantai ini iaitu dipanggil Pempheris spp.Tidak jauh dari pantai ini juga saya dapati banyak sawahpadi disini yang memungkinkan sepat sawahpun banyak, jadi nama pantai sepat ini tetap kerana banyak sepat sekitarnya.Saya juga difahamkan semasa saya bertugas diUPEN ,Pahang dahulu pantai ini dirancang untuk menjadi satu pusat Taman Thema , namun saya percaya hasrat oleh SEDC/PKNP Pahang belum kecapaian lagi.Orang-orang PKNP ,pada pendapat saya lebih suka menunggu arahan dari pihak atas dalam membangunan sesuatu projek berbanding dengan sikap pro aktif dan inilah yang membuatkan PKNP Pahang yang saya difahamkan dan mengetahuinya banyak menanggung hutang walaupun mereka dianugerah tanah yang amat murah nilaian premium tanahnya oleh kerajaan negeri.Ini berbanding dengan pihak swasta yang terpaksa membeli tanah orang untuk memajukan tanah boleh mendapat keuntungan yang lumayan.Inilah diantara ciri agensi kerajaan kita diPahang yang kadang-kadang tidak diuruskan secara profesional.Orang yang berkebolehan dari pahang tetapi tiada kabel dengan pucuk pimpinan " dihumban" keluar Pahang dan yang tinggal adalah mereka yang " dicucukhidung " dan dipegang talinya.Jadi orang nombor satu diPutrajaya sekarang perlu melihat kebolehan pucuk pimpinan Pahang sekarang secara KPI juga dan bukan diperingkat Persekutuan sahaja.

Dr Aminudin

No comments: