Wednesday, July 8, 2009

Beserah,Kuantan


Kampung Beserah,Kuantan adalah sebuah perkampungan nelayan dikuantan yang telah agak popular sejak dahulu.Beserah yang terletak ditepi jalan menyusuri pantai untuk keKemaman,Terengganu.Jalan kekemaman Terengganu boleh juga diikuti menerusi by pass kepelabuahan yang tidak lagi melalui Beserah yang kini mengalami kadar trafik yang tinggi.Mengikut Abang Ali yang juga sepupu isteri saya ,Beserah mendapat nama sempena pembukaannya oleh Toksenik mula-mula membuka kampongnya mengucapkan syukur kerana sampai dipantai beserah dan dia berserah saja kepada Allah untuk kehidupannya seterusnya.Tempat yang mula disampai ialah dekat masjid lama beserah sekarang.Saya dan isteri saya selain tinggal dirumah kami diKubang Buaya, kami juga selalu tidur dirumah abang Ali semasa anak-anaknya masa kecil.Kami begitu rapat hinggakan anak-anak beliau macam anak kami sendiri.Kehidupan Abang Ali sebagai pemandu kenderaan di Jabatan Pertanian serta membuka kedai runcit dekat rumahnya bagi membesarkan anak-anaknya seramai 14 orang itu amatlah jerih.Hari ini kesemua anak-anak Abang Ali telah keluar universiti dimana 3 orang antaranya adalah doktor perubatan yang salah seorangnya daripadanya bertugas diHospital Besar ,Kuantan yang sering juga kami mendapat bantuannya mendapat ubat-ubatan darinya.Pembangunan diBeserah sekarang juga begitu pesat terutama dekat dengan statelite ,Bukit Pelindung dan juga batu Hitam.Paksu kepada isteri saya yang mempunyai banyak tanah diBatu Hitam boleh tersenyum lebar dimana tanahnya dijayakan oleh pemaju habis dijual.Nilai tanah juga telah agak begitu tinggi dimana ada saya bertanyakan kepada adik kepada pakimam masjid Batu Hitam yang tanahnya dekat Jeram nak jual pada harga RM 150,000 seekar.Pemaju dari bangsa Cina sekarang begitu berminat untuk memajukan tanah rezab Melayu diBeserah sekarang.Masjid Beserah yang lama telah digantikan dengan yang baru dekat sekolah cina Beserah.Manakala klinik komuniti yang baru dan besar diBeserah menjadi tumpuan pesakit terutama dihari isnin membolehkan penduduk sekitar mendapat rawatan dan baru-baru ini saya lihat Parti Keadilan telah membina pejabat yang agak besar juga dihadapan kelinik itu, maklumlah rakan pakatan mereka PAS telah memenangi kerusi DUN Beserah.Saya juga hairan kenapa kekalahan DUN Beserah yang dahulu dimenangi BN kepada PAS walaupun yang kuat berkempen masa pilihanraya yang lepas ialah bekas Menteri Besar Pahang yang merupakan orang Beserah juga.Jadi Beserah yang dulu hanya berserah kepada keagongan Ilahi dizaman Toksenik sekarang telah makmur dan maju.Bagi Abang Ali yang telah kembali kerahmutullah kami panjatkan doa kepada Illahi semoga beliau dimasukan kedalam golongan orang-orang yang dicucuri rahmatNYA.Alfatihah.

Dr Aminudin

No comments: