Thursday, July 16, 2009

Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol,Kuantan


Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cuba anda bayangkan yang nama berkaitan bay route seharusnya berdekatan pantai macam Danau Bay diJohor Bahru, satu pembangunan yang moden sekarang.Tetapi Bukit Bay route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan berhampiran Wisma RISDA.Diatas bukit ini ada sebuah surau,resturant,taska,tangi air, dan rumah-rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan membawa anda berjumpa balik Jalan Bukit Ubi menuju keSungai lembing atau Indera Mahkota.Ia akan memusing-musingkan anda digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay route.Jika anda dari jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan melalui jalan Bukit Setongkol yang akan tidak jauh pula berjumpa jerat/perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah saya katakan inilah gugusan Bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.Pelik kerana nama-namanya iaitu Bukit Setongkol yang kalau kita orang Pahang bermakna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya yang kalau dia mendapat mendapat namanya kerana batu-batu disitu tunggal-tunggal belaka.Namun Bukit Setongkol pula berjiran dengan Bukit bay route yang sepatutnya berada ditepi pantai tetapi ia terletak ditengah bandar.Saya sebagai pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulupun adalah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu ia telah terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang yang menamakan Bukit Bay route ini telah mengetahui perkara ini dari orang dahulu-dahulu yang tempat ini adalah lautan.Manakala Bukit Ubi pula adalah sebelah kanan Bukit Bay route yang kini terdapat Jabatan Pertanian,Unit selenggaran MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain itu dibina sepanjang jalan Bukit Ubi.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini juga agak pelik bagi kehidupan pertumbuhan bagi ubi kayu disitu, namun tidaklah menghairankan kalau dahulu banyak terdapat tumbuh ubi kayu gajah ketika zaman dulu dan ini membuatkan ia dinamakan Bukit Ubi sempena banyak tumbuh Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah bukit-bukit diKuantan yang unik dan pelik .Kita patut memelihara dan mengkajinya.

Dr Aminudin

No comments: