Saturday, July 11, 2009

Paya Bungor,Kuantan

Kampong Paya Bungor,Kuantan satu masa dahulu memang agak terkenal dengan tempat pelancungannya semasa saya berkhidmat dengan UPEN ,Pahang .Hari ini saya dapati kampong itu masih ada tetapi kawasan reakreasi ditepi jalan Kuantan-Maran itu telah terbiar.Rumah-rumah persingahan dan gerai yang dahulu meriah kini malap dan tidak bermaya.Rumah kedai dan jeti yang dibangunkan oleh Syarikat Jelai itu telah rosak dan tidak diselenggarakan dan dah naik semak-semak pula.Ini adalah satu kawasan reakreasi yang cantik satu masa dahulu itu ada pelbagai kemudahan .Malahan sukan air bagi SUKMA yang pernah diadakan diPahang satu ketika dahulu.Perkara yang juga melucukan tidak dapat saya lupakan iaitu adanya berita tentang buaya-buaya ditasik ini yang membuatkan Menteri Besar Pahang ketika itu membuat demonstrasi terjun kedasar tasik ini untuk membuktikan kepada orang ramai disitu tiada buaya ganas.Saya telah difahamkan bahawa sehari sebelum Menteri Besar itu terjun kedasar tasik paya bungor itu sepasukan tentera komando telahpun terjun kedalam tasik itu membuat " tapisan keselamatan" .Jadi terjunlah Menteri Besar kita itu dengan senanghati.Nama kampong Paya bungor diperolehi kerana dikawasan sekitar tasik ini banyak pokok bungor yang cantik bunganya bila berbunga, malahan saya dapati MPK banyak menanam pokok -pokok ini dikawasan MPK.Bunga bungor memang cantik ada yang merah dan putih bila berbunga.Inilah contoh pokok-pokok tempatan yang boleh kita tanam sebagai hiasan taman dan tidaklah perlu mengimport pokok dari luar negara yang banyak menghabiskan tukaran wang asing kita.Begitu jugalah dengan sayor dan daging yang kita import dari luar negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit setiap tahun.Jadi kita patut mengusahakannya sendiri dan hasrat FELDA untuk mengatasi masalah ini adalah dipuji, namun demikian janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam saja.

Dr Aminudin

No comments: