Saturday, July 18, 2009

Kemaskini Slang Bebudak Sg.Batu,Relong-Part V



Sudah lama saya tidak mengemaskini Slang bebudak SungaiBatu,Relong zaman saya menggunakannya.Jadi ini adalah slang yang belum dikemas kini iaitu seperti berikut :-

1.Resing -ditempat lain resing ini dipanggil kura-kura.

2.Got-got -ialah sejenis burung yang sebutan founanya ialah Centropus bengalensis.

3.Peda- ditempat lain dipanggil budu.

4.Tengkalang-sejenis alat mengurung ayam yang biasanya dibuat dari buluh dan biasanya tengkalang diisi ayam bila hendak menjualnya.

5.Takar- dalam bahasa inggeris disebut porcelain yang biasa dibuat dari tembikar.

6.Temilau- sejenis alat yang dibuat dari pokok pedor dikampong kami menangkap ikan.

7.Berdepir- bunyi bila sesuatu alat misalnya gong dipukul kerana telah pecah atau retak.

8.Ketoyong-gasing yang dipusing atau dimainkan telah berpusing terbalik.

9. Bolo- 1.sejenis bekas dari kaca yang biasanya mengisi kuih 2.Mata tak nampak.



Dr Aminudin

3 comments:

Anonymous said...

Salam Dr. Amin,

Saya sangat kecewa dan sedih kerana Tuan telah tersalahguna istilah "slang" bagi semua entri yang digunakan oleh penduduk tersebut. Bagi saya, itu bukanlah "slang" tetapi "dialek" atau mungkin juga "idiolek" iaitu ciri khusus penamaan atau sebutan yang hanya digunakan oleh masyarakat tutur tersebut sahaja.
Saya juga mula meragui PhD tuan!

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr.Tak bernama,slang itu khusus bagi kami bebudak sungai batu,Relong bukan orang Relong kesemua.Saya memang agak kamu orang Relong yang radikal,mungkin Relong Ulu.Kesahan PHD saya boleh disemak pada universiti mengeluarkannya.Atau baca tesis PHD saya berjudul "New Treand in The Study of Computer Technology in Malaysia: Focus on PMS" dikemukakan kepada SRU tahun 2002.Saya ada muatkan dalam Kamus Pengurusan Pengetahun ,2003.

Dr Aminudin

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Definasi Slang ialah very informal language that is often use among particular group of people (budak sg batu),Dictionary of Contemporary English,Longman,1990

Dr Aminudin