Friday, July 31, 2009

Epilog 4-Kole

Kole atau tin cup adalah bekas minuman kami bebudak sungaibatu,deRelong.Kole mengingatkan saya kenikmatan apakala berbuka puasa dengan airbatu yang dibungkus sekam habuk kayu serta kertas surat khabar yang kami beli dikedai Aki Subuh atau kedai Sood.Bila berbuka emak membuat siap dalam kole yang agak besar untuk saya dan kalau tidak air sirap emak akan membuatkan airbatu bercampur biji selasih yang bila tiba masa berbuka saya akan minum air dalam kole itu dan ini sudah memadai.Kadang-kadang agar-agar merah atau kuih pelita talam yang emak buat sudah menjadikan saya atau kami bebudak tersandar didinding rumah masing-masing atau disurau We Muhammad yang pernah saya coretkan.Masa bebudak dahulu kami tidaklah mempunyai cawan atau gelas kaca atau plastik yang secantik sekarang.Kami hanya ada kole dan pinggan ayan tempat minum dan makan.Pinggan ayan yang payah nak cari sekarang ini memang tahan lasak walau ia jatuh kelantai atau ketanah dari atas rumah.Maklumlah dahulu rumah kami yang bertiang dan berlantai papan dekat guabama itu kadang-kadang dibawahnya adalah juga tempat kami bermain-main.Malahan saya pernah ceritakan rumah kerajaan yang saya duduki diTemerloh pun bertiang dan dibawahnya membolehkan saya memelihara angsa.Kole dan bekas makan dan minuman yang disediakan bersama ration tentera diberikan kepada kami kedet PTD ,bila menjalani modul peperangan dipusat latihan pegawai kedet Port Dickson dahulu.Peristiwa yang tidak saya lupakan oleh Kumpulan 3 ialah bila siMajid yang agak pendek dan nakal itu terlupa mengeluarkan tualanya dalam 'abong'(beg)yang turut sama mengisi ration itu apabila melalui paya dan berair jadi bila air menyerap masuk dalam beg dan tuala, maka tidaklah terangkatlah beg itu kerana selain dari beg kami juga kena membawa sendiri senjata M16 setiap orang.Ration seperti beras, gula dan mee segera yang dibekalkan habis basah jadi masa berkhemah dia terpaksa menumpang ration orang lain.Jadi kole dan bekas air dari tin adalah asam garam kehidupan seorang tentera maka sempena hari tentera ini kita kena menghargai sumbangan angkatan tentera.Disamping itu pentadbir dalam bidang keselamatan seperti kami PTD yang pernah berkhidmatan seperti tentera juga patut diberi sumbangan kerana kami memerah otak dan tenaga mempertahankan negara secara 'soft '.

Dr Aminudin

2 comments:

orang relong said...

salam,,,saya baru terjumpa blog saudara hari ini...best sangat baca..penuh dengan cerita dan fakta-fakta..tahniah...saya pun orang relong...rumah dekat kubur Ulu Relong

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr.orang Relong, memang menyanyangi diantara satu sama lain, oleh itu dia akan gembira bila membaca tentang Relong, bukan macam segelintir yang membenci melihat orang Relong berjaya kerana dia ingat dia hebat tetapi takpunya apa-apa.

Dari abang yang dipanggil Minum air mengikut Tokempat Omar.