Wednesday, July 29, 2009

Epilog 1-Batas

Batas (border) adalah biasa ditemui atau dilalui kalau kita berjalan dalam Kampong Relong dahulu, dizaman kita bebudak batas yang selalu kami lalui ialah paya Bukit Berangan dimana kami seperti Miah, Abang Amid,Abang Dollah Sidek,Jefri,budak Bapong dan Ulu Teris meniti batas-batas ini untuk kesekolah Relong.Begitu juga bila kami bermain diCeruk Membebek,Dekat Kongsi Cina Kuari Sungai Batu melalui batas-batas dalam paya Pak Encik Akob dan Wan Kiah.Begitu juga bila kami bermain dekat rumah Pakandak Dahan ,kami bermain atas batas-batas dalam paya menuju kerumah Pakngah Derani sebarang paya.Masa dahulu mana ada jalan PLB macam sekarang diRelong yang ada hanyalah batas-batas paya yang dibuat untuk kita lalu.Atas batas-batas inilah kadang-kadang kami duduk bermain sambil menikmati buah-buah yang sedang bermusim seperti rambutan,langsat,manggis,jambubatu dan sebagainya seperti sekarang ini.Kami sungguh gembira terutama saya kerana saya tiada ada adik beradik lain dan saya menumpang kasih dengan bebudak lain seperti anak Pakandak Dahan umpamanya Manan,Aji,Azhar dan Ainon.Begitu jugalah anak-anak Pak Encik Akob seperti Akak Milah,Abang Akil,Abang Hamid,Miah,Zohari,Ya dan Lalmi.Begitu juga dengan Anak-anak Pak We Muhammad seperti Abang Mat Renek,Abang Isa,Dijah, dan Me Dagu.Malahan saya berjalan juga sampai keTeha untuk bermain atas batas-batas menuju kemasjid untuk bertemu Nuar kadir dan budak-budak dekat Masjid Relong.Batas sekarang sudah tiada lagi kerana orang Relong sudah tidak membuat padi lagi sekaligus rindu saya untuk menikmati emping dan kekalu juga sering bermain dalam memori dan selera saya ini lebih-lebih lagi makan dengan serawa telor yang cukup enak yang berwarna choklat muda itu.Inilah batas-batas kehidupan yang kena kita tempuh, dahulu kita bebudak kini kita telah tua malah sudah tidak begitu sihat lagi.Namun begitu batas-batas ini boleh pecah atau masa kami bebudak dulu mengelarnya terbekah akibat ada orang tidak mengetahui sensetifviti seseorang umpamanya kewibawaan kita yang dipertikaikan padahal semuanya itu benar, kerana buat apa kita menipu tentang apa yang kita perolehi terutama ilmu yang sekarang ini kena berbelanja puluhan ribu untuk segulung ijazah.

Dr Aminudin

1 comment:

hai said...

arwah tok saya org kuala gali,zaman dulu mereka juga membuat padi,sesekali balik ke kg.teringin hendak berlari2 di atas batas seperti itu...sayangnya setiap kali berdiri berhampiran sawah mesti mereka menghalang dan menakut2kan saya dengan pacat dan lintah!!
Batas2 itu telah lenyap dan ada juga telah diturap tar..yang tinggal dalam ingatan..bila dapat menangkap berpuluh2 pepatung yang berbagai warna...dan paling tak boleh lupa,taliair dibelakang rumah tempat saya melabur...