Lubang letkua yang saya panggil ini ialah lubang yang kami buat dekat rumah Pakencik Akob, ia itu dibelakang rumah dia yang mana ada tanah tinggi atau tebing.Rumah kami didekat Guabama tidak boleh buat lubang letkua ini kerana tiada tanah- tanah tinggi .Saya selalu melihat Abang Akil membuat lubang lekua ini kerana menjadi
tempat diletak kuali besar atau kawah untuk buat dodol atau kacau bubur asura.Saya memang selalu bermain dirumah ecik, maklumlah saya rumah kami tiada kawan, saya seorang aje masa kecik.Dirumah encik ada Abang Akil,Akak Milah,abang Amid,Miah,Zohari dan Yahya.Bila wan Kiah nak buat dodol dekat raya, dia akan menyuruh Abang Akil membuat lubang letkua ini.Saya akan membantu Abang Akil mendapatkan pengali dan cangkul untuk menarah bukit belakang rumah encik.Abang akil akan mengorek lubang sebelah atas tebing dan kemudian mengorek pula disebelah hadapan yang mana akan dijadikan lubang bagi dimasukan kayu api bila memasak dodol nanti.Bagi tanah yang sudah dikorek itu saya dan adik dia yang lain membuangnya ketempat lain biasanya seingat saya dibawah pokok macang sempadan kebun getah We Muhammad yang dipotong oleh Abang Mat .Lubang letkua disebelah atas ini hendaklah kecik dari buntut kuali atau kawah.Biasanya bagi mengalas kuali atau kawah akan dialas dengan batu-bata.Jadi apabila lubang letkua ini siap kami akan menghidupkan api biasanya dengan menggunakan ranting-ranting kecil pokok getah atau sabut nyor, setelah hidup barulah kayu besar kami masukkan dalam lubang letkua disebelah hadapan seperti yang saya nyatakan tadi. Bila dan hidup api, Akak Milah dan Wan Kiah akan memulakan proses memasak dodol.Bagi bak ini memang saya agak malas mengacau dodol.Selalunya yang rajin mengacau dodol ialah Abang Akil dan Abang Amid, saya tak berapa minat sebab asap akan selalu mencari saya, entah kenapa ?Orang lain tidak.
Bila siap buat lubang letkua ni saya akan ajak kawan yang kemungkinan lalu dirumah encik mandi dalam parit bawah pokok durian yang menjadi kesukaan saya, sebab dari situ kami boleh merangkak-rangkak dalam air menuju kedalam culvert yang bersambung dengan parit tersebut, alangkah seronok bermain dalam culvert tersebut airnya jernis dan kami boleh buat kepongan air tersebut dengan badan kami, inilah agaknya yang menyebabkan juga Nuar Kadir suka datang keSungaibatu untuk bermain dan mandi dengan kami dalam culvert tersebut, dekat rumah dia mana ada.
Dr Aminudin
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment