Wednesday, April 1, 2009

Pelantar

Dalam coretan blog yang telah lalu, saya ada menceritakan tentang pelantar lelari yang dibina dirumah orang kawin dikampong kami Relong.Hari ini pelantar lelari tersebut sudah tiada kedapatan lagi.Disamping itu itu juga dirumah lama kami dekat Guabama mempunyai pelantar yang mana pernah juga saya sebutkan sebagai pelantar rumah yang biasa ada pada rumah -rumah orang Melayu kita.Pelantar ini adalah tempat mereka berihat dan kadang-kadang diletakkan barang-barang seperti bakul,tikar untuk menjemur padi,kayu-kayu bagi memasak didapor( maklumlah dahulu) mana ada dapor gas seperti sekarang, jadi kami guna dapor kayu atau dapor minyak tanah untuk memasak.Dipelantar ini juga kadang-kadang dijadikan tempat mengirik padi seperti yang saya pernah ceritakan.Bagi saya bila petang kalau tiada ada kemana ada duduk diatas pelantar sambil melihat sawah dihadapan rumah kami itu, yang kemudianya saya sudah tentu tidak terlepas pandangan dipada Guabama yang terletak dihujung sawah kami itu.Sesekali saya juga membayangkan betapa bertuahnya negara kita yang tiada dilanda gempabumi seperti Indonesia,ribut topan seperti Filipina,letupan gunung berapi dan tanah runtuh seperti diIndonesia serta kebakaran seperti diAustralia.Kita adalah mengalami banjir,tanah runtuh,ribut dan kebakaran dalam bentuk skala kecil.Bila saya renungkan ini saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia, walaupun kadang-kadang saya berniat untuk membina kehidupan diluar negara, tetapi saya amat cintakan negara saya walau ada juga masalah yang kita hadapi namun ia baik dinegara sendiri, bab pepatah Hujan Emasperak dinegeri orang,hujan kerislembing dinegeri sendiri baik juga dinegeri kita.

Selain dari pelantar rumah tempat kami berehat, kami juga mempunyai pelantar tempat mandi dibuat ditepi gedung wan.Pelantar inilah tempat saya mandi waktu pagi sebelum kesekolah rendah dan airnya begitu sejuk diwaktu pagi.Bila saya masuk sekolah menengah rendah diPadang Tengku, pelantar ini jaranglah saya mandi lagi.Pelantar ini mengingatkan saya tentang bagimana saya mula pandai berenang, dimana dibawah pelantar ada kayu teras merebau yang membolehkan kita turun untuk mandi dan menyelam.Dari situ saya boleh mengikut batang-batang kayu yang ada dalam air gedung itu menuju kepulau kecil yang saya katakan selalu menengok telor itik bersama Jefri.Saya memegang batang-batang kayu tersebut sambil berkecempong untuk pandai berenang, dua tiga hari lepas itu saya sudah pandai berenang.Jadi kalau orang Pahang duduk tepi sungai atau gedung takpandai berenang malu rasanya.Oleh itu pergilah belajar dikolam renang bebayar lagipun berenang ini salahsatu pekara yang boleh menyihatkan badan sebabtulah masa kami kedet PTD kena kerah belajar berenang, mana tahun jadi bos(Ketua Pengarah Belia dan Sukan) tak tahu berenang, malu jadinya bila anak buah buat harikeluarga pesta berenang.

Akhirnya pelantar minyak (oil rig) yang syarikat kami yang cuba dapat tender diBrunei untuk buat pembaikan menjadi kantoi kerana dikatakan terlalu percayakan seorang pengiran disana.Jadi sebagai pengajarannya ialah bukan senang untuk berurusan dengan orang Brunei.Namun begitu samalah juga didalam negara kita yang seseorang itu dikatakan mengenali sesorang menteri dan dia dikatakan boleh mendapatkan projek tersebut akhirnya tidak berjaya setelah habis berpuluh ribu disebabkan jawapannya projek tersebut disuruh tender dan bila tender pula selalu dapat kepada kroni mereka.Jadi kesimpulannya orang kedah kata pi mai,pi mai tang tu jugak.

Dr Aminudin

No comments: