Saturday, April 4, 2009

IKan Tilan (Fluta Alba)

Ikan Tilan yang kami panggil diRelong adalah juga ikan belut yang dikenali diMalaysia secara umumnya.Ikan ini banyak terdapat dipaya kami dekat GuaBama.Dari kajian yang buat ikan tilan yang dikenali sebagai swamp eel,rice eel dan asian swamp eel adalah berasal dari Afrika Tengah dan juga Amerika Selatan.Ikan ini memakan tumbuhan air,ikan,cacing,binatang kecil yang hidup dalam air dan lain-lain.Bila ia bertelur ia akan bertelur dengan meninggalkan telurnya diair yang cetek untuk menetas.Kami masa bebudak mengail ikan tilam dan kadang-kadang masuk kedalam lukah yang bila kami dapat ia akan kalah kalau dipegang dengan daun keladi, sampai hari ini saya ingat sangat perkara itu.Dari segi saintifiknya belum dikaji kenapa ikan tilan akan kalah dengan daun keladi ini, malahan kalau lama ia dibungkus dalam daun ini ia akan mati.Bila kami dapat ikan ini emak akan masak sayor masam dengan keladi kemahang.Ini adalah lauk yang sedap juga walaupun saya tidak banyak menjamahnya,entah kenapa selera saya tidak begitu menjadi bila makan ikan belut atau tilan ini.Semasa diKuala lumpur ,saya ada juga bersama Aruah Pakalang Zainuddin makan nasi dengan belut goreng yang terdapat digerai makan Kampung Baru dan saya rasa masih ada lagi gerai tersebut menyediakan lauk belut goreng.Kalau anda ingin mencubanya bolehlah cari gerai nasi diKampong Baru,Kuala Lumpur tersebut.

Masa saya berkhidmat diUPEN,Pahang ada sekali pergi kepusat ternakan belut secara komersial diRompin yang diusahakan oleh Syarikat Shongceng.Agak besar juga industri tersebut menternak belut, baru ini saya difahamkan industri tersebut telah ditukar kepada industri udang dan ikan talipia kerana sukar mendapatkan anak benih ikan bagi perusahaan tersebut.Saya sering berpendapat bahawa mana-mana industri yang berskala besar perlu ada jabatan R and D (Research and Development) kerana jabatan inilah nanti menyelidik tentang keperluan perancangan masa depan syarikat mereka atau menambah baikkan produk mereka.Tetapi saya dapati banyak syarikat tidak menyediakan kemudahan R and D bagi industri mereka sebab melibatkan kos yang tinggi.Dalam bidang pertanian saya percaya Mardi telah ada R and D ,namun dalam bidang perikanan satu agensi semacam Mardi oleh jabatan perikanan tidak begitu kelihatan, jadi perlulah ditingkat mana-mana pusat penternakan ikan yang ada sekarang seperti diJerantut dengan menambah para penyelidiknya dan mempunyai pengetahuan hingga keperingkat PhD dan bolehlah dihantar keJepun misalnya yang terkenal dalam bidang perikanan ini.

Akhirnya anda semua tentu biasa dengan simpulan bahasa berkaitan dengan belut atau ikan tilan ini iaitu Belut diketil ekor,Belut jatuh kelumpur,Belut kena ranjau dan Belut pulang kelumpur,ikan pulang kelubuk.

Dr Aminudin

2 comments:

Hishamuddin Zainuddin said...

Assalamualaikum Doktor

terjumpa site Dr, cari pasal buah bangkong.

Teringat masa kecik-kecik masa ngail ikan ni, ikan ini kalau dia makan umpan, siaplah kena guna mata kail baru. Dia telan umpan sampai ke perut.

Anyway spesies Fluta alba, bukan ikan tilan, ianya ikan belut. Kalau google ikan tilan, nama saintifik dia, Genus Mastacembelus, spesies dia tak tahu.

Ok lah, boleh kiranya Doktor cerita asal usul orang Relong, Berchang, Bapong, Padang Tengku, Gua, Seberang Jelai dan sekitarnya. Ada tak kemungkinan mereka berasal dari Rembau, NS. Nama Sg Jelai kemunkinan berasal dari sana.

Lagi satu, Doktor di UPM ni, bila ya?

Terima kasih

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Hisham,ikan tilan kami sebut zaman bebudak sebenarnya dlm kumpulan belut.Kami orang Relong dari Riau-Lingga dan boleh sdr baca entry saya yang terbahru tentang Peranan Sultan dan Bendahara.Saya diUPM Buat MSC (Pengembangan)Tahun 1987-88.Tk