Monday, April 28, 2014

Analisis 1-Hukum Kanun Pahang (3)

3.Hukum Kisas menurut versi Muzium Negeri Pahang adalah jika seseorang memenggal tangan orang dan mati, maka keluarganya boleh membunuhnya atau memenggal tangannya atau dikenakan diyat.Menurut Mazhab Syafie Qisas bermaksud melakukan tindakan sama yang berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang.Tindakan itu merangkumi perbuatan yang melibatkan pembunuhan atau kecederaan pada fizikal seseorang.Qisas adalah hukum yang berat dan tidak dikenakan pada kanak-kanak dan orang gila.Perlaksanaan qisas hendaklah dilaksanakan dengan penuh kesaksamaan jika tidak hukuman qisas akan digugurkan .Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 178 yang maksudnya, " Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalanani hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu: orang yang merdeka dengan yang merdeka dan hamba dengan hamba ".Natijahnya bahawa orang yang merdeka tidak akan dibunuh kerana membunuh hamba.Dan untuk melaksanakan hukum qisas mestilah mendapat kebenaran pemerintah, maka dianggap berdosa dan pemerintah boleh menghukum mereka dengan hukum yang sesuai (ta'zir) seperti sebatan atau penjara, walaubagaimanapun pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8:1808).

Analisis 1-Hukum Kanun Pahang

2.Hukuman menuduh zina seperti terdapat dalam versi Muzium Negeri Pahang adalah dikenakan 10 tahil.Manakala hukum zina adalah dibunuh (MMNP: 112).Bagi versi Winstedt dan Kempe pula menyatakan tentang hukum zina bagi kategori muhsin akan dihukum rejam dengan batu dan ditanam separas pinggang atau leher, manakala yang bukan muhsin dihukum palu 100 kali dan dibuang negeri selama setahun.Mazhab Syafie mengkategorikan mereka yang melakukan zina kepada Muhsan dan Bukan Muhsan.Muhsan adalah mereka yang baligh dan berakal , telah mumaiyiz dan tidak gila dan merdeka.Bagi hamba yang berzina akan dikenakan separuh hukum sebat.Muhsan adalah mereka yang pernah melakukan persetubuhan melalui penikahan yang sah.Bukan Muhsan adalah mereka yang berlawan ciri-ciri dari Muhsan.Tentang hukum zina bagi yang Muhsan adalah direjam dan mereka yang bukan Muhsan disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).Tuduhan zina atau qazaf (dalam Bahasa Arab bermaksud lempar) dan dari istilah syaraknya bahawa tuduhan zina dilemparkan bagi tujuan mencaci dan memalukan.Tuduhan palsu adalah fitnah dan merupakan satu kezaliman. Hukum hudud bagi memelihara mereka yang tidak bersalah dituduh, adalah 80 sebatan dan telah dinyatakan dengan jelas dalam Surah an-Nur, ayat 4-5 ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8: ibid).

Sunday, April 27, 2014

Analisis 1:Hukum Kanun Pahang

Teori saya menyatakan bahawa " Negeri Pahang Sebagai Negeri Pertama Menerima Islam Terus Dari Tanah Arab " akan saya bukti menerusi penyibaran Islam secara fizikal menerusi ahli-ahli tasawuf yang datang sendiri kenegeri Pahang membawa ilmu pegetahuan tentang Islam terutama dari Mazhab Syafie.Ilmu-ilmu dari ahli-ahli Mazhab Syafie turut tercermin dalam buku yang saya kaji iaitu Hukum Kanun Pahang dan secara tidak lansung Islam datang kePahang sejak dahulu menerusi kajian Hukum Kanun Pahang ini.Marilah kita lihat  "Apa yang tercatat dalam Hukum Kanun Pahang " dengan "Pendapat Mazhab Syafie Mengenai Hukum-hukum Perundangan Islam" seperti berikut :-

1.Hukum orang mencuri maka orang itu dipotong dan jika tidak dikena taazir dan kalau mencuri buah-buahan tidak dipotong tapi kena bayar sepuluh emas dan barang dicuri digantung dileher dibawa keliling negeri (Manuskrip Muzium Negeri Pahang: 109).Menurut Mazhab Syafie mencuri atau sariqah bermakna mengambil sesuatu secara sulit.Hukuman disabitkan kesalahan hukum hudud ini adalah dengan memotong tangan kanan pada pergelanggan tangan dan sebelum dilaksanakan hukum pemotongan tangan dijalankan perlu memerlukan 8 syarat iaitu 1.baligh 2.berakal 3.tidak dipaksa 4.harta yang dicuri mesti mencecah kadar ditetapkan bersama satu perempat dinar yang bersamaan dengan satu mistqal (20 karat) 5.harta yang dicuri adalah ditempat simpanan yang sesuai ini selaras dengan hadis  yang bermakna " tiada hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri haiwan ternakan melainkan ianya disimpan dalam kandangnya,sesiapa yang mencuri tamar selepas disimpan ditempat pengeringan dan ia (tamar yang dicuri) mencecah nilai sebuah perisai dia akan dipotong tangan " ,6.sekira pencuri rakan milik perkongsian tiada potong tangan 7.pencuri sedar apa yang dicuri itu haram ,dia dikenakan tazir dan denda 8.harta yang dicuri itu suci ,kalau tidak suci seperti arak, babi,anjing dll tidakdikenakan potong tangan ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).

Saturday, April 12, 2014

Wilayah Iskandar Kini saya datang

Sebagai waris Tok Linggi ,Wilayah Iskandar kini saya mendatanginya untuk melihat perancangan dan pembangunannya sekarang.Kalau dahulu Singapura adalah dibawah Riau-Linggi-Johor tapi hari ini mereka menyaingi Malaysia.Dalam peta-peta lama saya dapati dahulu Singapura adalah pulau-pulau kecil tapi akhirnya bercantum. Ini mungkin proses geologi atau proses penambakan. Namun begitu Wilayah Iskandar Waterfront kini turut menambak lautnya terutama dahulu dinamakan Pantai Lido tapi kini akan menjadi bangunan pencakarlangit setinggi 104 tingkat.Inilah hakikat bahawa Johor sekarang merancang setara dengan Singapura.Sebagai seorang ahli perancang macam saya kita mesti mengikut arus pembanguan moden dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang dikatakan lebih maju dari kita. Inilah saya paparkan peta lama Singapura dulu.