Teori saya menyatakan bahawa " Negeri Pahang Sebagai Negeri Pertama Menerima Islam Terus Dari Tanah Arab " akan saya bukti menerusi penyibaran Islam secara fizikal menerusi ahli-ahli tasawuf yang datang sendiri kenegeri Pahang membawa ilmu pegetahuan tentang Islam terutama dari Mazhab Syafie.Ilmu-ilmu dari ahli-ahli Mazhab Syafie turut tercermin dalam buku yang saya kaji iaitu Hukum Kanun Pahang dan secara tidak lansung Islam datang kePahang sejak dahulu menerusi kajian Hukum Kanun Pahang ini.Marilah kita lihat "Apa yang tercatat dalam Hukum Kanun Pahang " dengan "Pendapat Mazhab Syafie Mengenai Hukum-hukum Perundangan Islam" seperti berikut :-
1.Hukum orang mencuri maka orang itu dipotong dan jika tidak dikena taazir dan kalau mencuri buah-buahan tidak dipotong tapi kena bayar sepuluh emas dan barang dicuri digantung dileher dibawa keliling negeri (Manuskrip Muzium Negeri Pahang: 109).Menurut Mazhab Syafie mencuri atau sariqah bermakna mengambil sesuatu secara sulit.Hukuman disabitkan kesalahan hukum hudud ini adalah dengan memotong tangan kanan pada pergelanggan tangan dan sebelum dilaksanakan hukum pemotongan tangan dijalankan perlu memerlukan 8 syarat iaitu 1.baligh 2.berakal 3.tidak dipaksa 4.harta yang dicuri mesti mencecah kadar ditetapkan bersama satu perempat dinar yang bersamaan dengan satu mistqal (20 karat) 5.harta yang dicuri adalah ditempat simpanan yang sesuai ini selaras dengan hadis yang bermakna " tiada hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri haiwan ternakan melainkan ianya disimpan dalam kandangnya,sesiapa yang mencuri tamar selepas disimpan ditempat pengeringan dan ia (tamar yang dicuri) mencecah nilai sebuah perisai dia akan dipotong tangan " ,6.sekira pencuri rakan milik perkongsian tiada potong tangan 7.pencuri sedar apa yang dicuri itu haram ,dia dikenakan tazir dan denda 8.harta yang dicuri itu suci ,kalau tidak suci seperti arak, babi,anjing dll tidakdikenakan potong tangan ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).
Sunday, April 27, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment