2.Hukuman menuduh zina seperti terdapat dalam versi Muzium Negeri Pahang adalah dikenakan 10 tahil.Manakala hukum zina adalah dibunuh (MMNP: 112).Bagi versi Winstedt dan Kempe pula menyatakan tentang hukum zina bagi kategori muhsin akan dihukum rejam dengan batu dan ditanam separas pinggang atau leher, manakala yang bukan muhsin dihukum palu 100 kali dan dibuang negeri selama setahun.Mazhab Syafie mengkategorikan mereka yang melakukan zina kepada Muhsan dan Bukan Muhsan.Muhsan adalah mereka yang baligh dan berakal , telah mumaiyiz dan tidak gila dan merdeka.Bagi hamba yang berzina akan dikenakan separuh hukum sebat.Muhsan adalah mereka yang pernah melakukan persetubuhan melalui penikahan yang sah.Bukan Muhsan adalah mereka yang berlawan ciri-ciri dari Muhsan.Tentang hukum zina bagi yang Muhsan adalah direjam dan mereka yang bukan Muhsan disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).Tuduhan zina atau qazaf (dalam Bahasa Arab bermaksud lempar) dan dari istilah syaraknya bahawa tuduhan zina dilemparkan bagi tujuan mencaci dan memalukan.Tuduhan palsu adalah fitnah dan merupakan satu kezaliman. Hukum hudud bagi memelihara mereka yang tidak bersalah dituduh, adalah 80 sebatan dan telah dinyatakan dengan jelas dalam Surah an-Nur, ayat 4-5 ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8: ibid).
Monday, April 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment