Tuesday, March 10, 2009

Kulat Sisir (Schizophyllum commune)

Kulat sisir sejenis kulat yang boleh dibuat sayor lemak cilipadi yang enak bila menjadi lauk nasi terutama sekali kalau makan dalam dikebun getah hendak ditanam semula pada masa rehat atau makan dalam cerang yang hendak kita tanam labu,mentimun tahun dan padi huma.Masa kami sekeluarga menanam semula getah kami diBukit Perupuk, getah lama yang biasanya pokok-pokoknya besar belaka kerana dulu ianya ditanam dengan menggunakan benih pakai biji .Tetapi setelah RISDA dapat teknologi moden mereka menggunakan benih getah pakai cantuman.Inilah yang kami sekeluarga iaitu ayah dan emak saya menanam semula dengan mendapat bantuan RISDA.Dulu kami buat sendiri dan tidak macam sekarang semua ditender dan kontraktor membuatnya.Dulu bila kami sudah tanam anak-anak getah itu datanglah pegawai RISDA memeriksa kebun kami, dan kalau lulus bantuan akan diperolehi dari RISDA.Masa tanam semula inilah pada batang-batang getah yang tua dan telah ditebang itu ditumbuhi oleh kulat sisir yang kami kutip dan kemudian bersihkan dan dijemur biar kering.Selepas itu barulah boleh dibuat sayor lemak cili padi ditaruk daun ubikayu atau ubi keledek.Ia sungguh sedap dimakan dengan nasi, kadang-kadang kalau ada kuah yang lebih saya akan makan bersama roti tawar yang dibeli dari India Muslim yang menjual roti dari Kuala Lipis sampai kekampong kami.

Semasa saya diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra saya dengan kawan-kawan memang suka cecah kulit roti yang lebih sarapan pagi dengan kari ayam yang biasanya dihidangkan dengan nasi beriani setiap hari jumaat.Kalau ada sayor lemak kulat sisir tentu sedap, tapi apa kan daya tukang masak belah utara non mana yang hebat masak kulat sisir, buat rojak dan pasembor memang hebat.Hingga hari ini saya selalu juga cari pasembor dekat kedai Abang mamak dekat padang bola, depan masjid bila teringatkan pasembor dari Jitra itu.Kulat sisir semasa saya bertugas diTemerloh memang ada dijual dipasar hari ahad tepi sungai tetapi jarang saya dapati orang menjual sayor kulat sisir yang sudah dimasak terutama bulan puasa,Jadi kalau ini dapat dibuat saya percaya tentu laku, lebih-lebih lagi kalau dia dicampur dengan terong manggo dan ikan salai, amboi enaknya rasa.

Dr Aminudin

2 comments:

Syed @ Don said...

hurm.. kulat sisir, pernah dengar, pernah tengok tetapi saya tidak pernah cuba - cuba keluarga saya yang telah memakannya. Saya dapati kulat sisir ini selalunyer seolah-olah berpasir, saudara ada apa-apa petua untuk ini? Keadaan berpasir ini menjadikan kuahnya juga seakan-akan berpasir.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr syed, saya akan siargambar kulat itu dalam masa terdekat.Ia seakan berpasir atau istilah lain berserat adalah kerana campuran kelapa yang diparut atau ditapis, maknanya kelapa digunakan itu ada hampasnya atau tidakada.selain dari itu kualiti kulat sisir tu sendiri yang kebanyakannya dirincih atau tidak.sekian