Thursday, March 12, 2009

Kelapa (Cocos nucifera)


Kelapa adalah dalam kumpulan palma dan semua bahagian pokoknya boleh digunakan.Buah kelapa baik muda atau tua boleh dimakan.Kelapa muda sekarang begitu popular dikuantan untuk diminum air kelapa muda yang dinamakan kelapa pandan dan saya difahamkan dibawa masuk dari Thailand.Sekarang dikuantan ,saya minum sebiji kelapa muda mencecah Rm 4 dan kalau nak beli kelapa tua untuk buat santan kelapa dah berharga Rm 1.30 sebiji. Dulu dekat rumah kami diRelong bergelempangan buah kelapa kotai yang jatuh tiada siapa yang kutip.Ayah kadang-kadang kutip buat umpan sawar untuk mendapatkan ikan dalam gedung kami.Kelapa pula banyak jenis seingat saya masa dulu ada kelapa jenis gading yang berwarna kuning dan kelapa hijau yang berbuah hijau.Kelapa ni bila dia tidak berbuah yang biasa kita panggil melawas kami akan tebang sahaja buat sayor umbut kelapa, ia memang sedap bila dicampur dengan beberapa ramuan lain.Batangnya sudah tentu kita boleh buat titi dan titi yang sangat saya kenang ialah titi dari rumah kami kegedung wan.Dititi batang kelapa inilah tempat kami bebudak ulang-alih menuju keatas batu tepi gedung wan sambil memancing atau duduk-duduk melihat itek-itek berenang dalam gedung terutama itek serati.Sekarang bebudak hari ini dah taktahu mana itek biasa dan mana itek serati ?

Daun kelapa dan lidi nyor banyak kegunaanya seperti daun muda dibuat kulit ketupat dan lidi boleh dibuat penyapu.Hari ini top-top kita dipromosikan oleh minyak kelapa dara, ini adalah satu juga mengakibatkan harga kelapa naik dan bagi saya anak kampong ia memang baik untuk meningkatkan sumber pendapatan para petani.Tetapi apa yang saya lihat dikampong kami pokok kelapa telah tidak dijaga lagi, maklumlah orang muda sekarang mana suka bertani dan yang saya respect ialah Abang Mat Renek yang menjadi petani hingga sekarang.Bagi akhiri pasal kelapa ini kita lihat simpulan bahasa mengenai kelapa iaitu kelapa bulan,kelapa dara,kelapa komeng,kelapa setandan dan kelapa puan, yang maknanya anda semenangnya tahu.

Dr Aminudin

No comments: