Thursday, March 12, 2009

Telor Kerengga(Oecophylla smaraqdina) dan Sigai

Kali ini saya definasikan telor kerengga dan sigai, nanti ada orang merujuk kamus dewan yang unggul itu.Kerengga adalah sejenis serangga yang biasanya dalam kumpulan semut dan kadang-kadang digelar semut-kerengga.Manakala sigai pula adalah rough ladder yang biasanya diRelong semasa saya bebudak dibuat dari buluh.Sigai ini bukan boleh dibuat dari buluh lemang kerana dia tiada bercabang, jadi biasanya dari buluh betong atau buluh berduri yang ada cabang.Ini akan membolehkan pemanjat sigai meletakkan kakinya pada cabang-cabang yang biasanya ditinggalkan kira-kira setengah kaki untuk tempat meletak tapak kaki.Jadi sigai ini biasa kami gunakan untuk memanjat pokok nyor yang agak rendah, pokok jambu bangkok,pokok rambutan,pokok rambai,pokok kekabu,pokok kerekok,pokok bangkong dan lain-lain.Manakala dikalangan pembaca tentu bertanya kenapa pokok-pokok itu perlukan sigai untuk memanjatnya? Jawapannya adalah kerana kebanyakan pokok yang saya nyatakan diatas ada terdapat kerengga yang menjaganya dan membuat sarang.Bagi pokok kelapa yang rendah seperti nyor gading atau nyor kuning batangnya agak licin untuk dipanjat, pokok kerekok,pokok kekabu dia berduri jadi jangan dipanjat jadi gunakanlah sigai dan pokok rambai dan bangkong dahannya rapuh dan takbegitu tahan untuk dipanjat oleh bebudak gemok, maka ia boleh gunakan sigai untuk mendapatkannya.

Pokok jambu bangkok dan rambutanlah terdapat banyak kerengga, misalnya dekat rumah lama kami dekat guabama sarang kerengga banyak dan besar dikedua pokok tersebut.Masa dulu rambutan gading dekat rumah kamilah yang popular kerana sebelum ada lagi rambutan masa sekarang yang isinya lekang.Tetapi masalahnya banyak kerengga dan kalau kena gigit kerengga berair air matakita sakit lebih-lebih kalau dia gigit tentang anu kita, dia gigit sampai mati.Kadang-kadang bila kita marah kita ambil sangkar kerengga itu dan kemudian kita layor atau bakar untuk mendapat telor kerengga.Telor kerengga paling best buat umpan kail dan paling disukai oleh ikan puyu dan sebarau.Jadi bebudak sekarang dah takdapat tengok telor kerengga kerana payah nak jumpa sarang kerengga lagi sekarang sebab banyak sangat racun serangga digunakan untuk tanaman bagi rumbutan dan durian, hinggakan pekebun dari bangsa Cina yang tanam durian takmakan durian yang dia tanam tapi beli durian kampong.Kita pula suka beli durian dari pekebun Cina yang dia tak makan, apa sudah jadi... entahlah saya tak mengerti. Ada simpulan bahasa tentang sigai iaitu Sigai dua segeragai dan sigai sampai kelangit.Tahukah anda maknanya ?

Dr Aminudin (dah serik makan durian pakai kabait untuk gugurkannya)

2 comments:

Hashim Zabidi said...

Tn Dr., salam...,

Orang kampung Budu, Chat, tualang Padang dan Peruang gunakan sigai untuk mengambil air kabung. Air kabung bila di masak boleh jadi misan (manisan) dan gula (buku) kabung.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Betul seperti Cigu katakan itu, gula kabong terutama dijual pekan sari benta memang terkenal, dulu gula kabong agak besar sekarang dah kecil bagi sebuku, kawan saya Cikgu Rahaman dan Amirudin dari benta selalu nyanyi lagu Hindustan disekolah bila minum aiskacang pakai gula kabong.sekarang jarang kita jumpa guna gula kabong.buah kabong sedap makan bulan puasa.

Aminudin