Tuesday, March 3, 2009

Kelicap (Arachnothera magna)

Kelicap adalahsejenis burung yang saya selalu perhatikan.Kelicap akan berterbangan hinggap dipohon yang berbunga dimusim buah apabila pokok mulai berbunga.Pokok durian kami yang beberapa batang seperti saya ceritakan dalam blog saya yang lepas bila musim bunga akan datanglah burung-burung kelicap menghisap madunya.Kadang-kadang saya cemburu melihat ia menyedut madu-madu itu kerana saya pun meminati madu bunga durian yang enak itu.Apa boleh buat rezeki Allah yang memberi, namun kerana terlalu lebat bunga-bunga durian berkembangan kadang-kadang kelicap pun jadi takmampu lagi menghisap madu-madu itu.Selain dari itu kelicap juga suka menghisap bunga-bunga jambu bangkok kami, bunga jambu bangkon ini kelihatan kemerahan dan mempunyai stigma yang keputihan yang sungguh indah pada pandanga saya ketika itu.Tapi apakan daya kami tidak mempunyai kemera ketika itu , ia hanyalah ingatan dan kenangan dalam benak saya hingga kehari ini.Inilah keindahan ciptaan Ilahi , dan tiada siapa yang boleh menandingiNYA.

Kelicap biasanya berparuh panjang yang membolehkan ia menghisap madu bebunga, bahagian lehernya biasa berwarna kuning ,manakala dada dan perutnya agak kehitaman dan kakinya biasa berwarna orange.Kelicap sebetulnya species yang menghuni tanah tinggi dan kajian mendapati ia terdapat diFraser Hill dan diSungai Buluh.Hari ini dikampong kami masih lagi saya perhatikan , ada kelicap yang kadang-kadang kelihatan seperti menari-nari dihadapan saya.Ada kala ia hinggap juga pada pokok dedalu yang membuat saya teringat pada peribahasa ini iaitu seperti dedalu api hinggap dipohon kayu,hinggap dibatang, batangnya mati,hinggap diranting,rantingnya patah.Ini membawa maksud kalau kita berkawan dengan orang jahat rosaklah kita.

Dr Aminudin (memilih kawan biarlah betul-betul)

2 comments:

Musbri Mohamed said...

Salam Dr. Amin

Di Kg.Kemahang, Benta, Lipis kita ada Santuary Burung tapi kini terbiar.

Emak saya berasal Kg. Kemahang manakala arwah ayah berasal daripada Kg. Relong.

Komen-komen dan nostalgia Abg. Amin dalam blog ini amat menyentuh ingatan saya sehinggakan saya mula dapat mengingatkan kembali lanskap Kg.Relong sekitar tahun 60an.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Mus, yang dikasihi, memang pada awal abang menulis ni untuk penyelidikan sahaja, tetapi bila membaca buku Dr Kasim Ahmad berjudulMencari Jalan Pulang (2008)abang dapati banyak memori abang banyak persamaan dengan kehidupan abang masa bebudak dulu, jadi abang akan mengulas buku dia dalam masa terdekat ini.Mengenai Kemahang memanglah waris kita ramai disitu seperti Aki Awang Teh,Cigusahak,CuHawa dan lain-lain.Abang dengar Pakangah Hasih (Datok) ada koleksi peribadinya ynag patut dikongsi.Terima kasi atas bantuan anda, amat diperlukan seperti kita bincang, sebab coretan seorang peguam diKL dan Terengganu telah didwi-bahasakan.

Abang Amin