Saturday, March 14, 2009

Merbau (Intsia palembanica )dan Gasing


Teras merbau yang terdapat ditanah kami diBukit Perupuk selalu kami ambil untuk dibuat gasing.Gasing (top) adalah alat permainan tradisional yang dipusingkan menggunakan tali secara belitan dengan menariknya.Teras merbau yang agak keras membolehkan ia dibuat gasing jenis jantung dan dimainkan secara pangkah.Warna teras kayu merbau adalah jingga keperangan atau perang atau merah perang tua, ia mempunyai corak jalur dari lapisan yang berselang-seli,teksturnya kasar dan tidak sekata, manakala iranya berpintal dan kadang-kadang berombak dan merupakan jenis kayu yang keras kalau dipotong merentang iranya.Ayah membuat gasing untuk saya bermain dengan Abang akil,Abang mat,Abang amit dan Me Roslan.Orang lain membuat gasing masing-masing kerana mereka reti membuatnya.Selalunya tempat kami bermain gasing ialah dihalaman rumah Pakencik Akob menghadap paya dan juga gedong wan. Bagi mencantik dan melicinkan gasing kami menggunakan daun mempelas.

Gasing ada berbagai jenis diantaranya gasing bergelen,gasing toyol,gasing tanjung,gasing kuno,gasing pacitan,gasing lang laut,garing uri,gasing leper,gasing piring,gasing botol,gasing jambu,gasing denak,gasing jantung,gasing timah,gasing berembang,gasing loceng,gasing bakal,gasingpuyuh,gasing leper kelantan,gasing merlimau,gasing pekan,gasing pahang,gasing bajau,gasing riau,gasing bugis dan lain-lain.Dimasa lampau dalam permainan atau perlawanan gasing ada pawang atau bomoh gasing yang mana dihari ini tidak kedapatan lagi.Pawang ini akan menjadi pembantu dalam sesuatu permainan atau perlawanan gasing.Sebelum perlawanan gasing dimulakan peraturan-peratutan telah ditetapkan seperti masa,pakaian,jenis gasing dan peraturan-peraturan pertandingan diberi tahu pada pemain-pemain gasing.Setelah semua selesai pemain akan diberikan minum air jampi iaitu air tapak sebagai penguat semangat.Semua peralatan akan dijampi dan ketua biasanya dibekalkan kemeyan untuk ditaburkan, jika semua arahan pawang diikuti maka kemenangan adalah cerah.Keadah pengunaan pawang mengikut negeri adalah berbeza misalnya dijohor mereka menggunakan keadah falak,diMelaka mereka menggunakan ilmu kebatinan,Negeri sembilan pula menggunakan bantuan dengan jembalang tanah,jin dan hantu bagi menundukan lawan.Orang sebelah utara iaitu Perlis,Kedah dan Pulau Pinang menggunakan pawang dari Siam dan orang selangor pula menggunakan khidmat orang halus.

Kami pula bermain gasing secara suka-suka dan tidak pakai pawang , paling gembira melihat bila abang Mat memusingkan gasingnya yang selalu ketoyong kerana mengikut dia takdibuat secara betul mengikut timbangannya.Jadi bila ketoyong kenalah pusing banyak kali bagi betul-betul ligat untuk dipangkah.Biasanya abang Akil memang pandai memangkah gasing pihak lawan dimana ada yang pecah dua dan ada yang melayang masuk parit depan halaman rumah encik tersebut.Inilah kenangan saya bermain dengan mereka yang lebih berumur dari kami, ia itu bersifat mesra dan selalu berseloro dan lepas itu kalau hari pekan sari belanja kami makan mee rebus dikedai Akak Nab.Semua itu hanya tinggal kenangan namun sesekali bila saya diminta oleh Do untuk aturkan perlawanan gasing diDaerah Temerloh dahulu ianya mendapat sambutan diluar jangkaan dan saya difahamkan hari kehari ini pesta gasing diTemerloh terus berjalan.

Dr Aminudin

No comments: