Main kutu ,entry saya kali ini saya definasikan sebagai "group of people who collects money monthly and determine who gets the money by casting lots",kalau tidak ada pula " kutu" yang merujuk makna kutu ini dengan Kamus Dewan yang membawa erti binatang halus yang terdapat pada rambut manusia atau bulu bintang dan lain-lain.Biasanya ada berbagai jenis permainan kutu ini yang mana pada kebiasaannya berbentuk kutu wang dan kutu barangan.Tujuan kutu wang adalah tabungan bagi ahli-ahli dalam jumlah yang agak besar ,ini akan membolehkan ahli-ahli merancang penggunaan wang bagi maksud pendidikan anak-anak,majlis kenduri,majlis perkahwinan dan perbelanjaan perlancungan.Disamping itu kutu ini akan melepasi kerenah bank kalau ahli-ahli mahu meminjam dari bank, lagipun orang kampong kami diRelong mereka tidak begitu tahu prosedur pinjaman bank ketika itu.Manakala kutu barangan pula seperti pinggan mangkok,karpet ,perabut dan lain-lain adalah memudahkan ahli-ahli yang bermain kutu ini apabila dapat barangan ini tidaklah lagi perlu meminjam dari orang lain bila mereka perlukan.
Seingat saya emak saya, kak Nab,Akak Siti,Akak Yah,Makandak,dan lain-lain bermain kutu ini dan mereka memperoleh hasil kutu secara giliran ataupun undian.Cara giliran adalah lebih bersifat muafakat misalnya akak nab perlukan wang untuk membuat khenduri maka kalau belum tiba giliran dia ,ahli-ahli akan berbincang untuk berikan kutu tersebut kepada dia.Seingat saya kutu barangan yang popular diRelong ialah kutu barangan pinggan mangkok terutama jenama arcoroc ketika itu, bagi kutu barangan karpet pula seingat saya Makcu saya dari Raub akan datang membawa karpet-karpet ini.Kajian oleh Shaharin Abdullah,1996 tentang main kutu diRelong telah membuat kesimpulan sebagai salah satu sumber kredit bagi masyarakat peasant ,kutu telah berjaya mengatasi serba sedikit masalah ekonomi disini.
Dr Aminudin (Apa yang penting sekarang ialah apakah usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan sumber pendapat orang kampong sebelum mereka bermain kutu )
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tn,Dr.
Berkutu - bukan main kutu tetapi mencari kutu. Satu "game" permainan.
Permainan ini semuanya dilakukan oleh orang perempuan, tak kira umur, tua muda kecil besar termasuk. Ramai peserta mengikut mata tangga. Kalau tinggi rumah, banyaklah mata tangga dan kalau rendah sedikitlah mata tangga.
Cara main, yg di atas cari yg dibawahnya, yg dibawah cari pula yg dibawah lagi sampailah keorang terakhir dimana tiada lagi anak mata tangga.
Pemenang ialah yg duduk dibawah sekali, dia tak perlu cari tapi kena cari.
Orang dulu dulu, banyak kutu, masa itu pula belum ada sampoo. Ha ha ha.
Dr,
Apa khabar, Dr?
Teo
Cikgu hashim, perlu mengamalkan petua orang dahulu untuk menghapuska kutu iaitu mengambil buah serkaya dan keluarkan bijinya, bijinya digoreng tanpa minyak dengan serai yang dirincis-rincis,goreng hingga hangus.Selepas itu ambil dan campurkan dengan minyak kelapa yang dimasak.Kemudian digosok ubat itu pada rambut dikepada hingga rata dan kepada dibungkus kira-kira 2 jam dan lepas tu basuhlah kepala dengan air sejuk.Itu petua orang kita yang tiada sampoo.Sampoo dicipta diJepun,memang mereka geliga.Saya pernah berkerja disyarikat Kao diJepun untuk dapat pengalaman.
Aminudin
Post a Comment