Hingga sekarang memang saya ingat betul dan terkenangkan ibu angkatku dijepun seorang pemuzik koto.Bukan calang-calang kaum perempuan diJepun yang boleh memainkan alat muzik tradisional koto.Koto alat muzik yang popular diJepun ia semacam piano dibarat.Pemainnya diberi penghormatan tinggi dan berpelajaran tinggi pula ia dimainkan oleh golongan perempuan. Koto yang merupakan alat sepanjang kira-kira 2 meter .Koto dikatakan berasal dari Negeri Cina yang diberi bertali .Ia kebiasaanya bertali 17 dan sebenarnya tidak banyak diketahui tentangnya dan dikenali mulai abad yang ke16 yang dikatakan diasaskan dijepun oleh Tsukushi-goto.Pada abad yang ke17 baharulah koto diperdengarkan bersama sang penyanyi dan kian popular pada abad yang ke18.Sekarang koto telah dimodenkan oleh pemuzik seperti Michio Miyagi dan Tadoo Sawai.Bila ibuku memainkan muzik koto, saya teringatkan bait-bait Haiku yang mula saya sampai keTokyo dan mempelajari dari ibu seperti berikut:-
Tokyo aku sampai,
Termanggu-manggu,
Bangunan batu.
Tokyo disini,
Aku berdiri,
Gegaran bumi selalu.
Tokyo kau berlari,
Keretapi laju,
DiShinjuku.
Tokyo makan apa?
Halalkah dia,
Sushi dan Tenpura.
Tokyo aku pulang,
Tinggallah ibuku,
Iroiro arigato gozaimashita.
Dr Aminudin
Tokyo aku sampai,
Termanggu-manggu,
Bangunan batu.
Tokyo disini,
Aku berdiri,
Gegaran bumi selalu.
Tokyo kau berlari,
Keretapi laju,
DiShinjuku.
Tokyo makan apa?
Halalkah dia,
Sushi dan Tenpura.
Tokyo aku pulang,
Tinggallah ibuku,
Iroiro arigato gozaimashita.
Dr Aminudin
6 comments:
Salam Dr.
Buku saya juga boleh didapati di Benta Kuala Lipis tetapi Kuantan cuma ada dijual di Hamid Bros saja. maaf
Teo
Saya ada kehamid bros, dirak novel, tiada ditemui,boleh Lim See Tin ada saya beli berjudul Mendekati Seni Penulisan Kreatif, yang tidak dimasukan penulisan novel hanya puisi dan cerpen kalu boleh dimasukan juga menulis seloka, pantun dan syir kerana generasi akan datang akan melupakannya.Tradisi perlu dikekalkan.
Dr Aminudin
Salam Dr.
May last year i went to Korea- Eksekutif Development Programme. Saya pun ada emak angkat. Her name is Grace.
Bumi Korea ku jejak
Menimba, berkongsi pengetahuan
Aku kagum
Kita sebenarnya agak ketinggalan
Dalam beberapa keadaan
Kenalan baru ku temui
Kemesraan dan penghormatan
Persaudaraan
..alamak..tak reti nak sambung..bahasa tak indah langsung.
Sherry, ringkaskan saja begini,
Korea bumimu kujejaki,
Kagum pada pembangunanmu,
Kami jauh ketinggalan.
Kenalan baru kutemui,
Penuh penghormatan,
Terjalin ikatan kemesraan dan persaudaran.
Sekian.
Dr.
Thanks for helping me. Sajak itu lebih indah jadinya.
..p/s..i'm not using bahasa melayu, is it ok with u?
Salam Dr.
Memang seni itu indah.
Makanan rohani,
mengayakan jiwa.
Orang2 melayu dulu2 sukakan
sesuatu dari alam sekitar dan
yang indahnya lagi, ada bait
dalam puisi dan gurindam
yang menunjukkan orang melayu
tahu akan asal usul sesuatu.
Mungkin lebih bersifat mistikal.
Sayangnya kita banyak tenggelam
punca akan asal usul bangsa
sendiri.
Dr. ada cara mendapatkan maklumat
ini?
Terima kasih.
Iro iro to taihen moshi wake arimasen.
Post a Comment