Bila saya teringkat burung terkukur saya teringat Pakangah Man dekat rumah lama kami dulu didekat Guabama.Pakangah Man dan Akak Siti memang baik dengan saya, saya selalu bermain dengan Jefri dan Alim, tapi Alim begitu kecik masa tu, malahan bercakap pun takpandai lagi masa tu.Hobi Pakangah Man adalah memelihara burung terkukur, burung terkukur yang dia bela ada yang dibuat sangkar cantik, ada yang diletak pada sangkar yang tiada berdiding ,cuma burung itu diikat kakinya dan ada pula reban terkukur yang diletakkan bersama burung-burung terkukur dan merebuk yang lantai rebannya atas tanah sahaja.Kami bebudak memang suka melihat terkukur ini bermain dan kadang-kadang berbunyi, kur..kur.Pada ketika itu setahu saya tiada pertandingan bunyi terkukur dikampong kami tetapi mungin ada ditempat lain yang Pakangah Man pergi menghadhirinya.
Terkukur yang kita semua tahu ia banyak terdapat dimana-mana negara kita,dekat rumah saya sekarang diKuantan saya dapati kadang-kadang burung terkukur ini turun dihalaman rumah saya mencari makan.Dari segi sifat burung ini adalah burung yang tinggal dikawasan tanah rendah (lowlands).Bagi mengenali jantan atau betina burung terkukur bolehlah dikenalpasti dengan rintik-rintik yang terdapat dileher burung tersebut.Panjang burung terkukur ini biasanya 12 inci. Pakangah man juga suka memikat burung terkukur dengan menggunakan denaknya, disinilah peranan kami membantu dia meletakkan denak beliau dimana yang dia arahkan.Dulu kawasan rumah Dahalan penuh dengan pokok kapalterbang dan pokok keduduk disitulah biasanya kami disuruh letakkan denak dia.Kami bebudak memang suka sangat kalau disuruh, apa lagi bawalah denak kesitu tanpa mengira ada tebuan ketidak, jadi sesekali tu terlanggarlah sarang tebuan ,jadi apalagi larilah lintang pukang kedalam sawah sekitar itu dan saya lari kearah pokok rembia dekat gedong disitu dan jatuh dalam air.Jefri telah tinggalkan denak entah dimana.Lepas tu kami takut kalau-kalau ada terdapat tebuan lagi, jadi kenalah minta bantuan Pakangah Man, nasib baiklah tebuan dah tiada dan denak jumpa semula, kalau tidak entahlah...
Akhirnya saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun berkaitan terkukur yang dipetik dari Pantun Melayu Lama berbunyi :-
Burung terkukur terbang menguku,
Makan padi ditapak tangan,
Rasa nak mati dihujung kuku,
Hendak terkubur ditapak tangan.
Dr Aminudin
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment