Bagi kami pula untuk kesekolah Rendah Kampong Relong iaitu dari Sungai Batu kena berjalan kaki mengikut jalan-jalan dalam Kebun getah orang-orang kampong keBukit Berangan melalui titi-titi dalam rimpunan rembia dan batas-batas sawah sebelum sampai kesekolah.Masa dahulu cuaca disebelah pagi yang menggigit hingga ketulang kami bersama saudara mara seperti Miah,Abang Dollah,Mi Dagu,Dijah dan lain-lain budak dari Kampong Bapong akan melalui jalan-jalan dalam kebun untuk kesekolah rendah Relong .Ketika itu adaah tahun 1960an dimana betapa kurangnya infrastruktur bagi kami pelajar-pelajar yang berada dipendalaman terpaksa mengharunginya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Bahkan sistem pengangkutan yang kurang berkesan terutama fizikal jalanraya dan kekurangan bas , saya dan rakan-rakan ketika itu sudah mendiami asrama apabila menyambungkan pelajaran keSekolah Menengah Rendah pada Tengku pada tahun 1969 dan tinggal diasrama.Nasib baiklah Guru Besar pada masa itu ialah Pakcu saya iaitu Zakaria Derani yang banyak membantu dan membimbing saya sehingga dapat melanjutkan pelajaran keasrama penuh iaitu diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah setelah dapat kelulusan yang cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran.
Memang tidak dapat dinafikan selain dari berjalan kaki, penggunaan basikal dikawasan pendalam Negeri Pahang dimasa dahulu begitu bermakna, saya sendiri masih ingat Pakandak Dahan yang merupakan seorang guru menggunakan basikalnya sebagai alat pengangkutan penting untuk pergi kesekolah tempat dia mengajar dan juga berjumpa dengan orang-orang kampong sebagai melaksanakan tugasnya sebagai setiusaha Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong.Saya juga masih ingat bagaimana seorang India Muslim sanggup berbasikal dari Kuala Lipis kekampong kami untuk mencari rezeki dengan menjual roti.Dr Cant (1973) menulis berdasarkan laporan tahunan pada tahun 1936 telah menulis seperti berikut :-
" There are 462 miles of bridle-paths in Pahang and thanks to the adoption of bicycle by persons of all nationalities irrespective of age or sex,they afford comparatively rapid communication between village and village,village anmd river or village and main road, not only for the cyclist and his passanger or passengers but also for the transport by bicycle of freight not ordinary associated with these machines,varying from a baby on handlebar to livestock on luggage carrier ".
Kesimpulan dari kajian ini saya telah mengestablishkan laluan besar atau jalan laluan kapal yang merentangi Semenanjong Tanah Melayu yang saya berpendapat bermula disebelah barat iaitu diKedah yang kemudian melalui Lembah Bama dan terus kepantai sebelah timur iaitu diKuala Pahang.Menurut pedagang dari Cina dan disahkan oleh Potelmy yang laluan kapal melalui Malay Peninsula bermula dari pantai barat Semenanjong Tanah Melayu adalah dikenali sebagai Tu-kun dan menurut Pelliot adalah Kedah ketika itu iaitu diCherok Tokun (R.Braddle,1939).Saya telah membuktikan bahawa Lembah Bama adalah yang selama ini dicari sebagai Pusat Perdagangan Asia Tenggara yang tidak dapat dikesan oleh penulis-penulis yang terdahulu.Saya berpendapat telah wujud pada abad yang ketiga lagi yang mana jauh lebih mendahului dari Sejarah Melaka.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment