Thursday, March 19, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama (Kuala Lipis) Part III


Sejarah pemberontakan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang seperti Datok Bahaman,Mat Kilau dan lain-lain yang menentang British terutama sekali Hugh Clifford adalah berkisar atau berlatarbelakangkan geografi sungai-sungai seperti Sungai Semantan,Sungai Tembeling dan lain-lain sungai yang mengalir hingga keTerengganu.Sejarah pemberontakkan dan penentangan ini membuktika kepada kita semangat juang orang Pahang ketika itu amatlah tinggi.Disamping itu juga ianya juga telah membuktikan kepada kita bahawa mereka mahir menggunakan sistem pengangkutan air seperti perahu,rakit ataupuntongkang dalam penentangan mereka dan dapat pula mengalahkan penjajah yang terkenal dengan teknologi persenjataan yang lebih baik dari mereka.Dalam laporan atau tulisan sejarawan barat tidakpun memberikan kredit kepada kemahiran seumpama ini, mereka hanya mencoret perwatakan pahlawan Melayu Pahang sebagai orang yang selalu menentang pemerintah.Walaupun penjajah British menang perang diJeram Ampai pada tahun 1894 itu tetapi mereka tidak dapat menghapuskan semangat juang Pahlawan Pahang seperti Datok Bahaman,Tuk Gajah ,Mat kilau dan lain-lain.

Saya suka mengalorkan bahawa pertandingan sukan air dengan menggunakan rakit telah kami popularkan diTemerloh pada tahun 1992 yang mana kami ketika itu mengadakan pertandingan menghias dan berakit dari Lubuk Kawah hingga kekawasan jeti feri lama Temerloh.Hari ini saya dapati acara berakit telah menjadi acara tahunan sebagai Pesta Berakit yang dianjurkan oleh Badan Perlancungan Negeri Pahang.Malahan jaraknya pula telah dipanjangkan iaitu dari kawasan rumah rakit bandar Kuala Lipis hinggalah kebandar Pekan.Kajian tentang jenis-jenis kapal-kapal perdagangan diAlam Melayu oleh Ahmad Jelani Halimi (2006) memberi gambaran kapal-kapal diAbad ke15 adalah besar dan boleh mencapai 50meter panjang dan boleh pula membawa penumpang seramai 1000 orang.

Pada abad yang pertama hingga abad yang kelima kawasan Nusantara terdapat perlabuhan-pelabuhan yang memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal dagang yang mana 6 daripadanya terdapat ditanah besar dan saya yakin ianya adalah diLembah Bama yang mana perlabuhan tersebut ialah diKuala Medang .Enam nama tempat pelabuhan dikawasan pendalaman tersebut ialah Thalon,Pegu dan Pagan diBurma,Nakhona Pathom,Dvdaravati dan Ayuthia diThailand,Vyadhpura dan Oceo diFunan,Kampuchea,Indrapura dan Vijaya diCampa dan Annam.Jadi saya berpendapat Kuala Medang atau Indrapura yang dikatakan diChampa itu adalah pelabuhan diLembah Bama.Nama jenis-jenis kapal Melayu yang pernah digunakan ialah perahu,lancing,kapal,jong,bahtera,sampan,ghurab,sagur,payar dan baluk ,dimana kebanyakannya dibuat dibuat diMelaka atau diPegu (Ahmad Jelani Halimi,2006)

Bersambung Part IV

Dr Aminudin

No comments: