Wednesday, March 25, 2009

Got-Got (Centropus bengalensis)


Saya masih ingat burung got-got yang bersarang pada pokok kelat dekat gedong batu sebelah gedong wan.Gedong batu ini tumbuh juga banyak pokok rembia dan dihujung gedong ini terdapat banyak pokok mengkuang yang pernah saya ceritakan dulu tentang mengkuang.Dalam gedung batu ini banyak ikan lampang , ikan potak dan ikan kepar yang besar-besar.Burung got-got ini seingat saya berkepak merah tua dan badan kehitaman dan berintik-rintik putih.Mengikut orang-orang tua-tua kampong burung ini memang sesuai digunakan untuk membuat minyak urut terutama bagi orang yang patah.Saya juga diberitahu kalau kita patahkan kaki anak burung got-got ini ia boleh memulihkan kaki anaknya yang kita patahkan itu.Saya juga diberi tahu orang cina memang mencari burung ini untuk dibuat ubat bagi orang yang patah tulang.Entry kali ini saya petik ramuan dan bahan yang digunakan untuk membuat minyak urut tradisional yang terdapat dalam buku Dr Amran Kasimin bertajuk Berurut untuk Pemulihan Urat Saraf,1995.

Bahan-bahan serta kuantiti

minyak kelapa tanak 500 gram
minyak lenga 300 gram
campuran serbuk akar kayu,tongkat ali,akar hj samat,akan setunjang bumi,akar teja lawang,akar tengkok biawak,akar sakar,akar mek dak,akar pak mulut,akar elex besi,
akar elex tembaga 150 gram

campuran lada hitam,bunga cengkeh,jadam,langkuas kering,hadas pedas,dan hadas manis
50 gram

Burung but-but/got-got seekor

Burung ciak 5 ekor

Serai wangi 2 batang


Cara membuat ialah dengan menyembelih burung but-but dan burung ciak,dicabut bulunya dan dibersihkan.Lada hitam,bunga cengkeh,hadas pedas (Foeniculum vulgare),hadas manis,dan lengkuas kering yang telah kering dijemur dan digoreng tanpa minyak selama lima minit.Kemudian masukan minyak lenga,minyak kelapa dan serebuk akar kayu.Biarkan bahan ini mendidih hingga minyak betul-betul masak,iaitu kira-kira satu jam.Sebelum minyak diangkat dari api ,serai wangi yang dititik dimasukkan kedalam minyak supaya minyak berbau wangi.Kegunaan minyak tradisional ini ialah minyak urutan serta untuk memulihkan penyakit gangguan saraf,sakit pinggang,lenguh-lenguh,terseliuh dan sebagainya.minyak ini juga boleh merawat luka-luka kecil dan gigitan serangga.

Selamat mencuba.

Dr Aminudin

1 comment:

Mokde said...

sekarang dah senang, lawati kedai HPA dan dapatkan sebotol minyak butbut, seakan-akan sama cuma tak guna burung ciak