Beberapa hari yang lepas saya ada melawat mini zoo MPK dan didapati ada seekor memerang yang jinak sedang dibersihkan kandangnya oleh kakitangan mini zoo tersebut.Ia amat jinak dan bermain serta berenang dalam kolam kecik yang disediakan dan kadang-kadang mengigit manja penjaga itu untuk mendapatkan ikan bagi makanannya.Bila saya melihat ini saya terkenang dekat kampong kami dulu diRelong, memerang memang menjadi musuh kami terutama bila dia mengerjakan ikan dalam jaring dan dalam lukah kami.Dia memakan ikan itu kami takmarah tetapi dia kadang-kadang menyiat jaring kami dan membuat lukah kami rosak.Ia juga kadang-kadang merosakan padi muda yang baru ditanam. Jadi memerang adalah musuh kami ketika itu.Hari ini saya jarang melihat memerang tetapi dizoo mini ini saya jadi tertarik pada perwatakannya yang manja dan bermain-main dengan penjaga zoo itu.Mengikut penjaga zoo ini ia dapat ditanggap dekat kolam MPk dekat Taman Gelora yang terperangkap dalam jaring.Penjaga itu panggil dia Awang.
Sebenarnya memerang adalah sejenis otter yang paling kecil didunia yang terdapat di Burma,India,Thailand,.Malaysia,Laos,Vietnam dan lain-lain negara Asia.Berat badan nya boleh mencecah 5 kilo.Disetengah negara lain Asia ia boleh dilatih untuk memberitahu kita dimana banyak ikan seperti orang Kelantan membela berok yang boleh memetik kelapa.Memerang juga boleh dilatih untuk menghalau ikan supaya ia terperangkap kedalam jaring.Makanan yang dia gemari ialah ikan dan anak-anak ikan selain itu ia boleh juga makan ketam dan kadang=kadang katak.
Saya bila terpandang memerang saya teringat kawan sekedet PTD saya yang kami panggil Nazri Memerang, yang mana bila kami diarah oleh pegawai penyelaras Encik Halim berlatih berenang dikolam Mindef, Nazri Memeranglah yang paling terkenal kerana kelincahannya berenang dan menyelam.Paksako,Dr.Ramli Mangkok dan Nawawi Belatok habis hilang popularnya bila kami berlatih berenang dan Encik halim sudah tentu memberi dia markah penuh bila bak berenang ini.Hari ini saya dah tak tahu dia berkhidmat diJabatan mana ,tetapi seingat saya diKementerian Kesihatan.
Dr Aminudin (teringat kawan-kawan PTD).
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment