Tuesday, March 3, 2009

BalaiRaya Lama Kampong Kami


Balairaya lama kami dahulu terletak diatas bukit sempadan dengan kampong Bapong.Ia didirikan atas bukit yang dibawahnya pekan sari seperti yang saya ceritakan dimana orang kampong berjual beli .Hasil tanaman kampong dan juga gerai-gerai makan yang memang sedap ketika itu.Gerai abang Nor dan Akak Nab memang menjadi tumpuan kami terutama makan bersama Abang Mat Renek.Gerai itu juga menyediakan rojak dan pecal emak Abang Nor yang hingga hari ini terasa sedapnya.Ini kerana pecal dihari ini yang biasa saya dapati dibulan puasa dipasar Ramadan, Kuantan tidaklah seenak mana hanya sekadar komersial saja.

Balairaya ini memang tempat disediakan oleh kerajaan untuk penduduk kampong menggunakannya, namun oleh kerana faktor jauh dari penempatan orang ramai seperti kedai runcit, sekolah dan perumahan ia kurang efektif.Balairaya lama mulai terbiar, walaubagaimanapun kami bebudak masa itu menggunakanya tempat bermain dan kadang-kadang tempat berihat setelah puas bermain bedil atau menyetik burung dekat rumah Abang Dollah yang terletak dibawah bukit dekat balairaya ini.Kalau taksilap saya kontrektor membuat tangga menaiki bukit kebalairaya lama tersebut adalah we Kadir, jadi ini membolehkan Nuar datang bersama ayahnya kesitu dan bermain dengan kami. Hari ini balairaya tersebut telah dipindahkan kedekat padang sekolah Relong, ditepi jalan menuju kemasjid kampong.Ia juga sudah terdapat sebuah dewan orang ramai yang agak besar dan boleh bermain badminton.

Dr Aminudin (melihat ada balairaya disetengah kampong dipahang terbiar dan tidak digunakan)

No comments: