Tuesday, March 24, 2009

Slang Bebudak Sg.Batu,Relong-Part IV

Ini adalah beberapa lagi patah perkataan yang sering kami bebudak sungai batu diRelong menggunakannya :-

1.Tuwar- sejenis alatan menangkap ikan yang biasanya bersaiz lengan orang tua yang diperbuat dari bilah-bilah pokok pedor.Ayat berkaitan, Tuwar yang kami pasang dalam sawah petang semalam belum ditengok lagi.

2.Ranggas-sejenis alatan yang digunakan untuk menangkap ikan yang biasanya sebesar badan kita yang diperbuat dari buluh.Ayat berkaitan, Ranggas ayah yang dicampak dalam gedung wan menjadi tumpuan ikan-ikan pucuk pisang.

3.Sigai -sejenis tangga yang diperbuat dari buluh.Ayat berkaitan Sigai terpaksa kami guna untuk memanjat pokok jambu berteh kerana terlalu banyak kerengga.

4.Beseloro-bergurau.Ayat berkaitan, Tokmudin pernah berseloro dengan kami yang katanya kalau suka mengurat perempuan payah nak baik bila bersunat.

5.Rincis-memotong bahan-bahan yang dipotong berbentuk kecil-kecil.Ayat berkaitan, Batang pedor kena dirincis dahulu sebelum dibuat sangkar burung pipit.

Dr Aminudin

2 comments:

alam said...

Minta izin link blog saudara.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Silakan, dengan gembira dibenarkan

Aminudin