Monday, March 2, 2009

Paku larat (Polypodium verrucosum)

Paku banyak jenis paku, diantara paku larat, paku merah (Blechnum orientale),paku papan (Arcypteris irregularis),paku gajah (Micolepia ridleyi), paku sika (Cyathea burbidgei) dan lain-lain. Bila teringat paku, saya teringat masa kecil dimana dekat Sungai Terislah yang banyak berbagai jenis paku, seingat saya paku larat dan paku merah yang banyak,manakala paku gajah banyak terdapat dikaki Guabama.Paku-paku ini kami kutip untuk dibuat sayor bagi lauk nasi.Paku memang enak digoreng atau dimasak sebagai sayor lemak dengan ikan sembilan atau ikan toman.Paku yang digoreng bersama ikan bilis,bawang ,lada dan tauchu sungguh enak dimakan begitu juga yang dimasak lemak cili padi dan ikan seperti sembilang atau ikan kering.Paku juga boleh direbus sebagai ulam untuk makan bersama nasi dengan dicecah sambal belacan atau peda ataupun budu.Amboi sedapnya tak tekira.Paku juga saya dapati banyak dijual dipekan sari atau pasar tani sekarang.Orang sudah mengemari sayor ini yang dikatakan tidak ada bahan kimia digunakan bagi ia tumbuh berbanding dengan sayor yang didatangkan dari Cameron Highlands.Paku jenis merah memang sesuai dibuat bubur lambok, saya dapati dimasjid membuat bubur lambok dimasa bulan puasa dan ia dicari oleh mereka yang hendak menyediakan juadah ini.

Paku gajah selain boleh juga dimakan pucuknya ia boleh dicampurkan dengan minyak kelapa yang mengakibatkan ia berbau wangi dan sesuai untuk tujuan bahan kosmetik, pangkal daunnya pula kalau dipotong berkeping-keping dan dikeringkan dan direbus boleh menjadi ubat pelawas kencing dan mengeluarkan batu karang.

Dr Aminudin (mencadangkan paku ditanam secara komersial)

5 comments:

sherry said...

Salam Dr.

Saya suka kerabu paku..rencahnya kerang..

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Pernahkah sherry dengar paku tuis(Petris vittata),paku uban(Nephrolepis hirsutula), paku rawi(Davallia denticulata),paku katak(Histiopteris incisa),paku dadah ular (Microlepia speluncae)dll.

Aminudin

sherry said...

Salam Dr.

Tak pernah pulak. Saya cuma tahu pucuk paku yang dimakan buat sayur ataupun bubur lambuk tu..cetek betul pengetahuan saya. Dah tu pi belajar kat Sekolah Sains Raub..kat Kampung Pintu Padang..tumpang mandi kat perigi orang kampung bila hostel takde air..tidaklah pulak berjumpa paku..hahah...yang ada pokok getah.

Anonymous said...

salam.. paku tanjung nama saintifik nya apa??

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Paku Tanjong yang tumbuh dipaya digelar Diplazium esculentum.Namun begitu pernah dengar Paku Uban ,macam orang uban dipanggil Nephrolepis biserrata, dan paku kelinsit atau Tichomanes superbum.

Aminudin