Thursday, March 26, 2009
Tengkalang
Berkaitan dangan memelihara ayam kampong beberapa peralatan yang kami gunakan disungai Batu,kampong Relong ,misalnya reban ayam,tengkalang,serkup ayam dan sangkar ayam.Hari ini pertandingan ayam serama telah bermula semula diKelantan yang beberapa tahun kebelangan dahulu menjadi lesu.Masa saya bertugas diUPEN ,Pahang dahulu pertandingan ayam serama begitu rancak.Ianya dibuat dikawasan pekan hari sabtu dibandar Kuantan sekarang.Hari ini pertandingan itu tidak berjalan lagi.Paling menghairan saya ada ketika itu seekor ayam serama boleh dijual pada harga RM 25,000.Wou begitu lumayan kalau dijual, tapi hari ini saya lihat ayam serama berkeliaran diBeserah macam tak bertuan!.Inilah dikatakan kitaran popular iaitu sama juga dengan kitaran ekonomi yang biasanya selepas 10 tahun melonjak (mengembang) ia akan mengucup (menjunam).Jadi kita kenalah pandai mengurus ekonomi atau kekayaan kita dimasa senang untuk menghadapi dimasa susah.Kawan saya seorang berjawatan tinggi dalam Citibank Group, New York yang dulu badan berisi kini dan hampir kurus kering kerana Citibank dalam keadaan tenat yang terpaksa dibantu oleh Kerajaan Amerika, macam juga dulu Bank Bumiputra yang dibantu oleh Kerajaan kita.
Berbalik pada tengkalang ini kami akan gunakan bagi mengisi ayam kampong yang biasanya kami jual dipekan sari dekat balai raya lama dikampong kami tetapi ada juga cina dari Padang Tengku datang untuk membeli ayam kampong dari kami,jadi sebelum dia datang kami akan masukan dalam tengkalang ini.Bagi serengkup ayam pula kami buat dari buluh yang biasanya ayah akan siratkan dengan rotan yang telah dijadikan tali pengikat.Biasanya serengkup ayam ini kami gunakan untuk mengurung ayam jantan yang selalu mengacau ayam lain bila kami beri makan padi atau potongan-potongan rembia.Bagi sangkar ayam pula biasanya ayah membuat dari daun pedor dan binkainya dari batang pedor dan kalau payah sangat nak pergi keBukit Perupok mencari daun pador, ayah akan membuat sangkar ayam dari daun rembia atau daun kelapa saja.Sangkar ayam ini akan membolehkan ayam kami bertelor dan mengeram telor.Jadi yang telor tidak menjadi kita panggil telor tembelang.Telor ini kalau kita baling kepada orang yang pernah menabur janji kepada kita dan tidak ditunaikan apabila tiba masa pilihanraya adakah berbaloi.Anda sebagai pengundilah dapat menjawabnya.
Bagi akhiri entry ini saya akan lakarkan objek tengkalag,takar,serekup,keketup dan indek dan juga pantun berkaitan cara kita berbelanja iaitu :-
Ayam berkokok dibanggul petani,
Limau purut karut diakar,
Tidak cukup belanja bini,
Gadai senduk dengar lekar.(dipetik dari Dewan Bahasa,April,1959)
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment