Tuesday, March 17, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama (Kuala Lipis)


Sesungguhnya tidak banyak kajian dan bahan-bahan rujukan boleh kita baca tentang sistem pengangkutan zaman silam atau lama diLembah bama atau Daerah Kuala Lipis.Walaupun Pahang sebuah negeri yang mempunyai banyak sungai dan sungai yang terpanjang disemenanjung Malaysia.Tulisan E.R.Alfred yang menjadi Perunding Kehormat Muzium Negeri Pahang dalam artikelnya berjudul "Ancient Water Transport in Pahang "(1997) tidak banyak menyentoh tentang sistem pengangkutan dikawasan pendalaman tetapi hanya menyentuh sistem pengangkuatan dikawasan pantai timur Pahang.Secara umum E.R.Alfred memberikan empat jenis pengangkutan air lama iaitu bamboo rafts,bark boat,long boat lashed-lug boats.Manakala bahan yang digunakan untuk membuat pengangkutan tersebut adalah dari buluh,kayu-kayan,rotan dan lain-lain.Kesemua bahan itu adalah banyak diPahang dan Pahang kaya dengan khazanah hutannya.
Tulisan C.A.Gibson dan M.A.Hill yang bertajuk "Cargo Boats of East Coast of Malaya"(1949) pada tahun 1940an itu pula adalah kajian mengenai sistem pengangkutan laut yang penting ketika itu juga menumpukan pada kawasan sebelah pantai timur Pahang juga.Dalam kajian itu mereka telah menemukan jenis-jenis perahu yang digunakan ketika itu iaitu :-

1.Kumpulan Pinas-Bedar yang panjangnya kira-kira 30-35kaki
2.Perahu Pinas yang panjang kira-kira 60-70kaki
3.Bedar panjangnya kira-kira 45-60kaki
4.Perahu memancing panjangnya 15-45kaki
5.Perahu buatan barat panjangnya yang boleh mencapai 35kaki
6.Kolek Ma Siam panjangnya sekitar 30kaki
7.Perahu layar Cina atau Tongkang yang panjang diantara 50-90kaki.

Dari kajian itu kita memperolehi sedikit sebanyak tentang data mengenai sistem pengangkutan diPahang, sekurang-kurangnya kita dapat tahu nama jenis-jenis perahu yang digunakan namun kajian itu tidak memperincikan bagaimana perahu itu dibuat,apakah jenis kayu yang digunakan bagi membinanya,jangkamasa yang disiapkan bagi membina perahu-perahu itu,apakah kemahiran yang diperlukan bagi membuatnya dan dimanakah perahu-perahu itu dibuat.Dalam lawatan saya keKuala pahang,Pekan terdapat berberapa buah boat yang tidak dapat keluar kelaut kerana musim tengkujuh dan jeti yang dahulu dari kayu kini telah diganti dengan jeti konkrit.

Sarjana tempatan seperti Aruna Gopinath (1993) yang memetik penulis-penulis seperti W.B.Roberts,F.A.Swettenham dan H.Clifford telah mengatakan bahawa Sungai pahang adalah sungai paling mudah dilayari diSemenanjong.Disamping itu beliau juga memetik kata-kata H.Clifford bahawa pengangkutan kehilir sungai terdiri daripada rakit-rakit yang dibuat dari buluh yang besar yang mengangkut para penumpang dan barangan kedistinasi mereka.Selain dari Sungai pahang dan Sungai Lipis juga terkenal dengan kampong-kampong yang terdapat ditepi tebingnya seperti terdapatnya lombong emas yang terkenal diPenjom.Aruna Gopinah juga mengatakan Orang Melayu merupakan bangsa yang bergantung hidup pada sungai dan berkuasa dilaut, mereka menetap disepanjang sungai yang sesuai untuk penempatan dimana penempatan yang padat dengan penduduk adalah ditebing sungai Pahang,Sungai Jelai,SungaiLipis dan Sungai Tembeling.

Bersambung.

Kajian ini dipetik dari Kajian saya bertajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemeritah Riau-Lingga Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong).

Dr Aminudin

No comments: