Saturday, March 28, 2009

Temilau dan Tempayan


Puas saya mencari dalam Kamus Dewan,Kamus Delta dan kamus antarabangsa, apa erti Temilau, jawapannya TIDAK ADA, yang ada hanyalah dalam komputer minda saya aje, iaitu sesenis alat yang kami gunakan untuk menangkap ikan dikampong Relong.Manakala tempayan adalah mengikut Kamus Delta " large earthenware jar for storing water" atau sejenis bejana yang dibuat dari tanah liat dan digunakan untuk menyimpan air.Manakala gayong(dipper) adalah pencedok air dari tempayan yang biasanya kami buat dari tempurung kelapa yang diberi kayu pemegang supaya senang kita mencebuk air dalam tempayan. Masa dulu kalau kaki kita sempelet dengan lumpur sebelum naik rumah atau surau We Muhamad kenalah basuh kaki dari air dari tempayan.Cerita yang saya ingat tentang temilau ini adalah berkaitan bila kami nak berikan dalam gedung wan, kami gunakan temilau ini kerana dia besar dari lukah atau tuwar, lagipun ia boleh banyak muat ikan bila berikan yang selalunya banyak ikan.Lakaran temilau akan saya paparkan ,harap bersabarlah kerana mesin scan saya dah meragam.Selain dari itu hasil tangkapan masa berikan pula kalau banyak kami dapat setelah diagihkan kami akan membuat ikan perkasam dan dalam tempayanlah kami letak, saya juga difahamkan tempayanlah tempat dipendam budu atau peda yang bau semerbak dan sedap tu.

Saya juga ingat tempayan dirumah kami dulu ayah buat tempat dia jeruk buah rambutan gading.Rambutan lekang macam rambutan anak sekolah atau rambutan gula batu jarang menjadi untuk dijeruk.Rambutan gading seingat saya menjadi kalau dia dijeruk kerana dilongnyir.Inilah kenangan saya masa bebudak yang tidak dapat lagi dinikmati rasa oleh bebudak sekarang, namun begitu dengan ada coretan saya ini mereka akan tahun kami telah lama mejeruk rambutan gading, yang sekarang telah ada dipasaran rambutan dari Thailand yang ditinkan tetapi kita tidak belajar dari orang Siam yang bijak membuat bahan by product bebanding dengan kita dalam bidang pertanian.

Akhirnya saya hidangkan simpulan bahasa dan pepatah berkaitan tempayan iaitu Tempayan tertiarap diair,Tempayan bocor,Tempayan menjadi raga,tak akan berair lagi,Tempayan yang penuh tiada akan berkocak dan Mulut tempayan bagaimana menjahitnya.

Dr Aminudin

No comments: