Buaian hari ini banyak terdapat ditaman-taman permainan yang disediakan oleh Majlis bandaran ataupun taman-taman perumahan.Dalam taman permainan itu banyaklah jenis permainan seperti buaian,papan gelonsor,jongkang-jongkit, terowong dan lain-lain.Masa kami kecil dahulu buaianlah yang ada.Kami buat buaian dari sekeping papan dan diikat dengan tali kerbau.Masa saya kecil ayah ada buat buaian untuk kami bermain didekat rumah lama kami dekat guabama dibawah pokok rambutan menghadap Guabama tetapi saya jarang bermain disini kerana saya lebih suka bermain buian dekat rumah Pakangah Man.Disini saya suka bermain dengan Jefri dan Alim, seperti yang pernah saya ceritakan alim masih kecil dan belum pandai bercakappun, sepatah dua adalah dia reti.Kami bermain disini terutama musim buah rambai dan buaian yang dibuat oleh Pakangah man agak tinggi,jadi alim takbolehlah naik sendiri kerana dia kecik.Saya dan Jefrilah yang selalu dapat naik buaian, kadang-kadang tu alim akan merengek-rengek untuk naik buain.Maka kami dengan jefri kesian juga kat dia.Kami pun beri dia naik tetapi masalahnya dia tidak boleh menghayunkan buaian dengan sendiri kerana kaki tak jejak ketanah dan kalau nak menghuyun dengan membongkokkan badan dan menekan talian buai dia pun tak pandai,jadi dia minta kami lak,lak yang bermaksud tolak ,kami pun tolaklah dan dia begitu gembira kerana dapat berbuaian tapi lepas tu dia kata ju,ju yang bermaksud laju, maka kami tolaklagi dengan kuat, entah beberapa minit bermain buaian dan tolak pula laju akhirnya tali putus dan alim tercapak dalam paya tepi buaian tersebut dan dia berteriak akit, akit,akit dan kemudian menanggis.Inilah kenangan yang saya takdapat lupakan dengan Jefri dan Alim kehingga hari ini.Alim mungkin tidak ingat sebab dia masih kecik, lagipun dia sekarang dah mewah dan pakai kereta besar serta berkahwin dengan Adik Sopi orang Jerantut.
Pantun yang paling lazim tentang buaian yang masih saya ingat sehingga hari ini ialah:-
Buai laju-laju,
Sampai balik sana,
Beli baju baru,
Dari kedai cina.
Dr Aminudin (pantun tersebut adakah diketahui oleh anak kita dan pantun ini bercorak perpaduan)
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment