Thursday, July 22, 2010

Temerloh Yang KuSayangi- Pengalaman Dari Bandar Kecil Terbaik DiUSA


Emak saudara saya We Zaharah adalah saudara-mara Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) yang berasal dari Kampung Buntut Pulau ,Temerloh, begitu juga Ayahanda saya Chu Haris dari Kampung Sanggang,Temerloh (seorang veteran UMNO yang dikenali) serta baru juga saya menziarahi beliau sempena Perkahwinan cucunya anak kepada Shaari baru-baru ini. Saya pernah berhidmat diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan tahun 1990an,sebagai Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik malahan Temerloh sebagai rumah kedua saya itu saya dedikasi dalam blog yang sama catatan peribadi (catperi) saya iaitu tentang kampung-kampung berikut :-

1.Batu Sawar,Temerloh
2.Busut Jin,Temerloh
3.Bolok Hulu,Temerloh
4.Buntut Pulau,Temerloh
5.Bangau Tanjung,Temerloh
6.Jambu Rias,Temerloh
7.Paya Sok,Temerloh
8.Paya Luas,Temerloh
9.Pulau Kujan,Temerloh
10.Paya Dalam,Temerloh
11.Paya Pulai,Temerloh dan lain-lain

Kini sebagai menimba pengalaman perancangan bandar-bandar diUSA , kita lihat bandar-bandar kecil disana sebagai kenangan saya menimba pengalaman dan ilmu yang mungkin boleh kita ambil ikhtibar darinya.Kita lihat bandar Salida diColorado yang mengalir ditengah-tengah bandar kecil ini Sungai Arkansas.Bandar ini popular dengan aktiviti basikal gunungnya terutama Gunung Monarchnya.Kemudian kita lihat pula bandar Leavenworth,Washington yang berhampiran dengan Canyonnya iaitu Tumwater Canyon serta terdapat sukan ski dan sukan raft airnya.Manakala bandar Charleston, di South Carolina pula popular dengan aktiviti berkayaknya dan bermain ombak dipantai Follynya.Bandar Alpine,Texas pula bandar yang mempunyai hutan lipurnya terutama berhampiran dengan Gunung Davis dimana kita boleh berkhemah secara terbuka dan menjalankan aktiviti berbasikal yang boleh sampai keTaman Negara Bis Bend (Bis Bend National Park).Begitu juga New London, Connecticut yang merupakan sebuah bandar kecil pelabuhan yang dekat dengan pengkalan tentera laut USA yang banyak terdapat restoran-restoran dan galeri seni, malahan kalau kalau kita ada kapal layar kita boleh berlayar hingga kePulau Long (Long Island).

Taos pula terletak diNew Mexico dimana segala macam permainan ski ada disitu. Bandar kecil Ashland,Oregon juga merupakan bandar riadah dan tempat bersukan yang paling popular ialah sukan berbasikal sekitar Gunung Siskiyou dan juga berkayak.Manakala yang berminat tentang kesusasteraan ada pesta Sastera Shakespeare setiap tahun.Bagi bandar kecil Ely di Minnesota pula mengambil nama Jim Brandenbury seorang ahli Fotographi dan sudah pasti bandar ini menjadi tumpun kanta kamera para peminatnya kerana latarbelakang alam semula jadinya yang menawan itu.Bandar Yellow Springs, di Ohio pula menjadi bandar SPA dengan mereka mengexplotasikan sumber mineralnya yang semua jadi, begitu juga terdapat bukit batu kapornya yang menawan serta berkayak disepanjang Sungai Kecil Miami (Miami River) dan juga bandar kecil akhir terbaik diUSA ini ialah Boone, diNorth Carolina yang terdapat lingkaran jalan-jalan berbasikal menuju kesebuah Universiti yang cantik iaitu Appalachian State University.

Natijahnya Temerloh mempunyai semua ciri-ciri bandar kecil yang terbaik diUSA ini, saya bukanlah hendak membanggakan bandar-bandar kecil tersebut tetapi sekadar menimba pengalaman dan menerapkan kepada Perancangan Bandar Temerloh yang saya sayangi.Temerloh memiliki beberapa buah sungai,gunung,bukit,hutan,jalan-jalan kampung,kampung-kampung dan sebagainya.Temerloh memiliki alam semula jadi yang indah seperti Gunung Senyum,Rezab Hidupan Liar, Hutan Simpan,Perkampungan Orang Asli,Kampung Tradisional,Artifak Sejarah (seperti Lubuk Terua,Sungai Sementan dan lain-lain).Semasa berkhidmat diTemerloh ,masa saya kami telah memulakan tradisi pertandingan berakit dari Bangau hingga keJeti Lama,Temerloh dan kini pesta itu berjalan dari Lipis hingga kePekan.Begitu juga Pesta Bermain Gasing telah kami Popularkan diTemerloh ketika itu tahun 1990an hingga sekarang masih popular.Namun yang saya perhatikan sepanjang saya menimba ilmu disana tidaklah orang-orang USA menamakan bandar mereka sempena nama ikan yang mungkin kita sukai untuk Temerloh iaitu Patin.Sekian berjumpa lagi dilain edisi.

Dr Aminudin

No comments: