Tuesday, July 13, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 8- Puteri Kaguya


Dura juga bagi Menteri Abe-No-Miushi untuk mencari kulit 3 ekor tikus dinegeri Cina, dia telah menulis surat kepada kawannya seorang yang mahir mencari barang-barang pelik iaitu Okyo San.Dalam suratnya itu dia tidak lupa menyertakan sejumlah wang yang banyak berserta menyatakan apakah barang yang dia hajati.Tidak beberapa lama kemudian dia menerima balasan surat dari kawannya itu dengan balasan yang menyatakan " Aku ada mendengar yang sebuah gunung istimewa ada terdapat sejenis tikus sedemikan, namun aku tidak pasti ianya wujud atau tidak.Walaubagaimanapun aku akan mencarinya.Kalau aku tidak menemuinya akan aku buatkan untuk kamu dan aku percaya aku berupaya membuatnya dan aku berharap kamu bersabarlah dalam hal ini ".Setelah menunggu lebih satu tahun, Abe-No-Miushi masih lagi tidak menerima kulit tikus yang dijanjikan dan apabila masuk tahun yang kedua, dia belum lagi menerima perkhabaran tentang hal itu dan bila hampir tahun yang ketiga, dia bercadang untuk mengirim surat kepada kawannya itu tetapi tiba-tiba ia menerima sepucuk surat dari kawannya Okyo san dengan mengatakan yang dia sudah untuk menemui kulit tikus itu, namun setelah mendaki Gunung Horai dan setelah puas mencari disekitar gunung itu dia menemukannya tetapi dia kekurangan wang kira-kira 50 RYO dan dia meminta Menteri Abe-No-Miushi menghantar kepadanya segera.Maka cepat-cepat Menteri Abe-No-Miushi menghantar wang tambahan itu.Apabila orang suruhan pulang dia mendapati mereka membawa barang tersebut dari Okyo San.

Barang tersebut diisikan dalam kotak yang berwarna merah dimana didalamnya terdapat kulit tikus yang amat diperlukan.Dia berkata " Sangat cantik dan sesuatu barangan yang amat berharga bagi ku ".Dia juga berjanji akan memberikan bayaran yang lumayan kepada Okyo San apabila dia kembali dari rumah Puteri Kaguya nanti.Tidak lama selepas itu Menteri Abe-No-Miushi telah pergi kerumah Puteri Kaguya bersama pengikutnya.Apabila sampai dirumah puteri itu, orang tua ayah puteri telah mendapat khabar tentang Menteri Abe-No-Miushi telah menemukan kulit tikus itu dan dia dengan mudah dibenarkan masuk kerumah tersebut.Puteri Kaguya telah menunggu dibalik tabir biliknya dan kemudian puteri Kaguya mengatakan ia perlu menguji akan kulit tikus itu agar dia tidak hangus atau terbakar oleh api.Orang tua ayah puteri tidak berlengah lagi menyuruh orang suruhannya menghidupkan api dengan menghimpunkan kayu api bagi membuat unggun api dikawasan halaman rumah mereka itu.Menteri Abe-No-Miushi pula mengambil kulit tikus dalam kotak yang dibawanya dan mencampakkan kedalam api yang sedang menyala dengan maraknya itu.Tidak lama kemudian kelihatanlah kulit tikus itu kehitaman dan kemudian habis dijilat api hingga menjadi debu.Menteri Abe-No-Miushi sungguh kecewa dan mukanya pucat-lesi serta dengan perasaan marah berkata " Tak guna betul kulit tikus ini dan banyak sudah wangku habis kerananya ".Puteri Kaguya kelihatan tertawa dan dia menyatakan dia tidak perlu lagi berjumpa dengan Menteri Abe-No-Miushi kerana semua dibawanya palsu dan puteri masuk kedalam biliknya.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: