Friday, July 9, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 4- Puteri Kaguya


Semejak itu orang tua perempuan ibu kepada Puteri Kaguya telah mulai memikirkan apakah menu yang perlu disediakan kepada tetamu yang datang nanti.Selepas itu semua orang kampung dijemput datang, ada yang datang dari kampung itu, ada yang datang dari kampung yang berdekatan dan ada yang datang dari kampung yang jauh.Mereka ini semua datang untuk menatap wajah Puteri Kaguya.Manakala persediaan khenduri pula begitulah sibuknya dengan penyediaan pelbagai makanan dan juga lauk-pauknya.Apabila tiba hari majlis khenduri itu tuan rumah suami-isteri itu begitu sibuk melayan kedatangan tetamu yang datang dan inilah merupakan khenduri atau pesta yang seumpama itu dikampung tersebut.Kerusi,pangkin dan tempat duduk semuanya penuh, tiada yang kosong malahan ada yang sanggup duduk ditanah.Sebelum jamuan makan dimulakan, lelaki tua ayah kepada sang puteri dengan penuh hormat bangun dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang dan kemudian menyampaikan ucapannya iaitu :-

" Tuan-tuan yang saya hormati sekelian , saya tahu anda semua tertanya-tanya tentang apakah yang kami sembunyikan dan jika ada kami berdua memohon maaf.Saya tahu saya bersalah kerana telah menyembunyikan seorang kanak-kanak kecil dan kini telah hampir remaja dan inilah ceritanya "

Dari situ orang tua itu telah menceritakan segala yang berlaku pada dirinya dan keluarganya yaini sedari ia mencari buluh dan menemukan sang puteri.Kemudian dia lantas membuka tirai bilik Puteri Kaguya yang amat jelita itu dan ini membuatkan segala orang ramai yang hadir itu tercengang-cengan dan tiada dapat berkata apa-apa kerana terpegun. Orang tua itu seraya berkata " Inilah jantung hati kami yang selama ini kami lindungi dan lihatlah dengan mata anda sendiri "

Kini semua orang sudah mulai mempercayai dan tidak ingin mempertikaikan lagi kepada sepasang suami-isteri ini.Mereka semua ingin bergembira dan ingin menikmati hidangan yang telah tersedia.Kedua orang tua itu sibuk menghidangkan makanan kegemaran orang kampung disitu iaitu" Sake Yang Berempah ".Pesta makan dan jamuan berjalan 3 hari 3 Malam.Orang kampung tidak mahu pergi berkerja, mereka mahu berpesta dengan bernyanyi, ketawa dan iringan muzik terutama tiupan seruling bamboo (buluh) yang dimainkan oleh pemuda dikampung itu.Sejak itu berita kejelitaan Puteri Kaguya menjalar keseluruh pelusuk kampung dan desa lainnya.Ia terus merebak kebandar lain pula dan ini menjadikan seluruh pemuda dinegeri itu pasti datang mengunjungi kampung tersebut.Hari berganti hari dan kian banyak gerombolan pemuda yang datang, malahan ada yang mengintai dari celah-celah dinding rumah orang tua itu dan kadang-kadang memanjat pintu rumah bagi melihat wajah sang puteri.Namun Puteri Kaguya tetap berselindung disebalik tirai dalam bilik dirumah mereka itu.Bagi pasangan suami-isteri itu pula kian bertambah marah kerana melihat gelagat para pemuda yang mengintai sang puteri.Lantaran itu orang tua itu telah membina tembok-tembok tinggi sekeliling rumah mereka dan ada kalanya terdapat lubang dibuat oleh pemuda yang nakal dengan menebuk tembok untuk mengintai Puteri Kaguya.Walau bagaimanapun mereka tidaklah dapat melihat wajah puteri tersebut malahan mendengar nyanyiannya pun tidak kedengaran.Ada pula pemuda yang dapat menebuk lubang ditembok rumah itu dapat ditangkap oleh orang lelaki tua ayah puteri dan menyergah mereka sambil berkata " Puteri Kaguya masih terlalu muda dan kamu tidak dapat melihatnya ketika ini ".Pemuda itu dilepaskan namun orang suruhannya sempat menyepak punggung pemuda itu dan dia menjerit kesakitan lalu beredar dari situ.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: