Friday, July 23, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 14- Puteri Kaguya


Qadimlah bagi Puteri Kaguya dinegeri kayangan bulan itu tapi tidaklah pulak pada Maharaja Jepun yang menerima puisi dan air azimat dalam kendi dari Puteri Kaguya.Dia menjadi tidak karuan mengingatkan puteri itu yang amat jelita itu .Hatinya berbisik " Puteri Kaguya sudah tiada,buat apa lagi aku terus hidup ", hingga dia menjadi tidak mahu bercakap dengan para pembesar istananya.Akhirnya dia memanggil para pembesarnya dan bertanyakan apakah gunung paling tinggi dinegara mereka dan sudah pastilah para pembesar itu menjawab "Gunung Fuji ".Baginda pun bertitah " Baiklah kita berangkat kepuncak kegunung tersebut kerana aku mahu bakarkan puisi Puteri Kaguya dipuncak gunung itu".Maka mereka pun berangkatlah dan mendaki hingga kepuncak Gunung Fuji dan disana Maharaja dan pembesarnya membakar puisi yang diberikan oleh Puteri Kaguya dan Maharaja dengan lega berkata " Akhirnya sampai juga puisi ini kenegeri Puteri Kaguya dinegeri kayangan itu ".Selepas itu mereka semua turun dari puncak Gunung Fuji untuk kembali keistana dan dalam perjalanan pulang itu Maharaja kadang-kadang menoleh kebelakang menghala kepuncak Gunung Fuji dan kelihatanlah kepulaan asap hasil bakaran puisi itu dipuncak gunung tersebut dan dikatakan kepulan asap itu masih kekal dipuncak Gunung Fuji hingga sekarang.

Analisis dari Legenda Puteri Kaguya ini dapatlah kepada saya bahawa ada persamaan dengan Hikayat Seri Rama yang saya berpendapat ditulis oleh orang Lembah Bama, Kuala Lipis,Pahang itu dari aspek asal terjumpanya Puteri Kaguya adalah dalam perdu buluh, ini samalah juga dengan Puteri Mandu Dari juga berasal dari perdu buluh.Malahan Kampung Bukit Betung dikatakan orang disana berasal dari keluarga yang dijumpai dalam perdu buluh juga (Aminudin,2009).Begitu juga diceritakan dalam Hikayat Seri Rama itu anak kepada Maharaja Rawana yang menentang Maharaja Seri Rama adalah dari Kerajaan dikayangan hinggakan Seri Rama bila berperang dengannya meminta pertolongan burung Geroda (Lihat buku saya akan diterbitkan pada tahun ini, Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Yang DiKarang oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang,2010).Manakala permintaan oleh Puteri Kaguya kepada 5 orang pemuda Jepun bagi berkahwin dengannya itu terdapat semacam syarat yang sama seperti dalam buku Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu yang diselenggara oleh A.Samad Ahmad yang menceritakan pengembaraan Tun Mamat kepuncak Gunung Ledang untuk meminang puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Shah.Diantara syarat yang dikemukakan kepada raja itu ialah Tujuh dulang hati kuman,Tujuh dulung hati nyamuk,sebuah jambatan emas,sebuah jambatan perak dari Melaka keGunung Ledang,dan semangkuk darah anak raja iaitu raja Ahmad.Kisah meminang Puteri Gunung Ledang adalah sindiran kepada Sultan Mahmud Syah yang tergila-gilakan Puteri Gunung ledang yang cantiknya tiada tolok-bandingnya macamlah juga Puteri Kaguya yang telah saya kisahkan.Kesimpulannya Puteri Kaguya dan Puteri Gunung Ledang tidaklah dapat mereka peristerikan.

Edisi akan datang saya akan menghidangkan Legenda Islam dizaman Sayyidina Umar al-Khatab tentang kisah Tamin al-Dari yang dilarikan oleh Jin Kafir kemudian berjumpa nabi Sulaiman AS,memasuki syurga,berjumpa nabi Khidir AS dan diterdampat dipulau yang semuanya kaum wanita.Jumpa lagi.

Dr Aminudin

No comments: