Friday, May 14, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 7


31."Aftonsang med dryck,morgonsang med hosta " (Nyanyian takala petang sambil minum-minum,nyanyian waktu pagi batuk-batuk)

Pagi-pagi hitam bermakna awal pagi.Pagi tidak dibuang,senja tidak dikejar yang bermakna tidak membuang masa.Minum cuka dipagi hari bermakna membuat sesuatu kerja kerna dipaksa.Minum pelangkin bermakna mengharap perkara yang mustahil.Minum air terasa duri,santap nasi terasa lilin bermakna sangat susahati.

32 "Ratar man agnarna,kan man latt ga miste om karnan " (Jangan membuang jerami, nanti kita mudah hilang kernel )

Peribahasa kita ada mengatakan jangan bagai orang berjudi,senang alah hendak membela yang bermakna perbuatan negatif tentu merugikan.Jangan bijak terpijak,biar bodoh bersuluh yang bererti jangan menunjukan pandai,biar bodoh tapi suka bertanya.Jangan menumbuk diperiuk,menanak dilesung bermakna jangan buat kerja salah tempat.Jangan sudah terperosok baru hendak melantai bermakna jangan sudah ditimpa malang baru hendak beringat-ingat.

33." Allt ar inte for alla " (Semua bukan untuk untuk semua orang)
Orang berdendang dipentasnya bermakna ada kuasa.Orang lapar diberi nasi,orang haus diberi air bermakna dapat perkara yang sangat diingini.Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya bermakna mendapat lawan yang lebih kuat.Orang sebentuk bagai cincin setitik bagai emas bererti sama status.

34."Nu ar sagan all" (Sekarang cerita sedap-sedap telah berakhir)
Sedap manis jangan ditelan ,pahit jangan dimuntahkan bermakna jangan segera menerima yang sedap sahaja,menolak yang tidak sedap.Sedap malam bermakna bunga yang harum pada waktu malam.Sedap telinga bermakna perkara yang menyukakan hati

35." Alla berinte som knapper ihop handerna " (Tidak semua orang yang menadah tangan itu berdoa atau sila ambil perhatian bagi mereka yang hipokrit)

Tadah embun bermakna sisir pisang yang diatas sekali.Tadah tangan bermakna berdoa atau minta sedekah.Doa selamat bermakna doa untuk bersyukur kepada Allah mohon supaya selamat.

No comments: