Monday, May 31, 2010

Data Interception Siri 2-Minangkabau


Dalam edisi Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara yang bertarikh 23 Mac 2009 ,saya ada memetik kajian oleh orientalis iaitu J.M.Gullick dalam monograph nombor 33 yang bertajuk A History of Negeri Sembilan,2003yang mana Gullick menulis tentang Minangkabau dengan katanya " like King Arthur's Camelot in the English historical tradition, is more significant as legend than a fact ".Begitu jugalah kajian saya terhadap inskripsi-inskripsi yang terdapat diBukit Seguntang yang terletak diPalembang yang saya muatkan dalam blog saya ini bertarikh 6 April 2009 yang dibawah entry Data Interception.Kali ini ada baiknya kita melihat pandangan dan tulis oleh orang Minangkabau sendiri yang iaitu Profesor Dr Hamka sendiri yang mana kata penerbit bukunya , "...Hamka bukanlah orang luar, tetapi anak Minangkabau sejati, keturunan orang beradat juga dalam negeri Sungaibantang, dan memakai gelar pusaka Datuk Indomo ".Seterusnya saya membuat intisari dari buku Dr.Hamka,Islam dan Adat Minangkabau,2006 dihalaman 7, beliau menulis "...didalam dogeng-dongeng kuno, sebagai dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, telah tersebut juga Minangkabau itu dahulunya suatu kerajaan besar ".

Selanjutnya Prof.Hamka menulis yang bertemu sepucuk surat tua diIndia yang ditulis pada tahun 1005,Masehi mengatakan Raja-raja Palembang dipanggil Raja Gunung.Ketika itu Minangkabau dibawah jajahan Sriwijaya dan bila Kerajaan Sriwijaya jatuh kerajaan telah berpindah keDarmasraya.Bila Kerajaan Sriwijaya jatuh digantikan oleh Kerajaan Majapahit pula memerintah Minangkabau hinggalah kehari ini.Bila Aditiawarman menjadi Raja Minangkabau pada tahun 1343,Masehi beliau menitah dibuat patung Manju Shri yang bermakna " yang maha suci" ,masih terdapat diBerlin hingga sekarang.Bila Kerajaan Melaka mempunyai kekuatan penyiaran Ugama Islam banyak rakyat Minangkabau berpindah kesana dan menubuhkan negeri yang di panggil "Negeri Sembilan".Hingga keera moden bila belaku gerakan Paderi dari tahun 1801-1837 ,dimana Imam Bonjol dikalahkan oleh Belanda unsur-unsur Islam masih kental dalam Adat Minangkabau malahan pepatah ini diterapkan " Syarak nan mengata, adat nan memakai.Sudah adat kebalairung, sudah syarak kemasjid ".Struktur Orang Empat jenis iaitu Penghulu,Manti,Dubalang dan Malim yang mana ditentukan pula pakaiannya iaitu Penghulu berpakaian hitam,Manti berpakaian Unggu,Dubalang berpakaian Merah dan Malim berpakaian Putih.Inilah warna-warni kehidupan orang Minangkabau yang dicatatkan oleh Prof Dr.Hamka.Selain dari itu saya petik pantun berikut dari buku yang beliau tulis itu dihalaman 109 berbunyi :-

Dari mana asal terbit pelita,daripada tanglung nan berapi,
Darimana asal nenek kita,dari lereng Gunung Merapi.

Dr Aminudin- Bersambung

No comments: