Thursday, March 4, 2010

Bahasa Dari Perspektif Islam Part 2


Dari kajian para sarjana linguistik telah mendapati ada lebih 5000 bahasa didunia ini, itu pun tidak termasuk dialek yang berbagai-bagai bagi sesuatu bahasa itu.Dalam blog saya ini iaitu diRelong pun kami menggunakan dialek sungaibatu pun ada orang diKuala Relong tidak memahami dan sudah tentu orang dibandar Kuala Lipis ada yang tidak memahami.Kajian tentang dialek Kedah ada dibuku dan dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)maka, diharapkan kajian yang sama dibuat untuk Dialek Pahang kerana Perdana Menteri sekarang orang Pahang dan lagipun dilahirkan diKuala Lipis pula.Hingga kini tiada kajian bersifat global dimana berapa banyakkah bahasa didunia ini, inilah kajian yang begitu baik bagi anda yang berminat untuk mencipta sejarah tentang berapa bilangan bahasa didunia ini.Bahasa yang tinggi standartnya kerana mempunyai kodifikasi,perbendaharaan kata,nahu,menjadi alat pembelajaran dan mendapat pengiktirafan.Diantara bahasa utama dunia sekarang ialah Bahasa Arab yang merupakan bahasa Tamadun Islam dari dahulu hingga sekarang.Bahasa Arab digunakan secara meluas diSemenanjung Arab hinggalah keseluruh pelusuk dunia.Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Bahasa Arab adalah pilihan Allah SWT.Bahasa Arab juga adalah bahasa yang digunakan dalam surga,ayat-ayat Al-Quran dengan jelas mengatakan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.Diantaranya Surah Taha, ayat 113 yang terjemahanya bermaksud " Dan demikianlah Kami menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab, dan Kami menerangkan dengan berulang kali didalam sebahagian dari ancaman,supaya mereka bertakwa atau (supaya) al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka ",Surah az-Zukhruf,ayat 3 ,yang terjemahannya bermaksud " Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahaminya " ,juga Surah az-Zumar, ayat 28,terjemahannya bermaksud "(Ialah) al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada bengkok(didalamnya)supaya mereka bertakwa ".

Dalam Al-Quran dapat kita tarik kesimpulan bahawa Allah SWT dengan KekuasaanNya menentukan lahir,kekal dan musnah sesuatu Bahasa.Kemajuan sesatu Bahasa adalah kerana Bangsanya dan kalau musnah bangsa itu musnahlah bahasanya dan ini dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-An'am, ayat 6:6, yang terjemahannya bermaksud " Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu ) telah kami teguhkan kedudukan mereka dimukabumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada Kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka,kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain ".

Justeru itu saya mengesa diri saya sendiri dan juga anda sekelian belajarlah Bahasa Arab dan juga bahasa al-Quran dan diantara buku yang boleh menarik minat anda sekelian untuk mempelajari bahasa Arab telahpun saya paparkan dalam bahagian pertama artikel ini tentang buku-buku tersebut.Semoga dengan itu kita akan dapat manafaat darinya.

Dr Aminudin

No comments: