Saturday, March 6, 2010

FELDA JENGKA 4 Dan Generasi Keduanya-Part 3


Kajian terhadap Generasi Kedua FELDA, amat diperlukan terutama sekali dari Aspek Sosio-Ekonomi dan Politik.Sudahlah sampai masanya pihak kerajaan melakukannya.Persatuan ANAK telahpun menghantar memorandumnya kepada pihak Suhakam.Saya melihat kajian dari aspek ekonomi perlulah dimulakan.Mengikut Kamus Istilah Ekonomi,oleh Osman Rani (1987),Ekonomi ialah "mengkaji bagaimana manusia menyara hidup seharian dengan menjalankan berbagai aktiviti bagi tujuan memenuhi keperluan seperti makanan,pakaian,perlindungan,ibadat,hiburan,kebanggaan,pengetahuan dan sebagainya.Aktiviti ini termasuklah antara lain kerja-kerja pertanian,perkilangan,perlombangan,perniagaan,pengajaran,pembinaan,pemerintahan dan kesenian.Oleh kerana kemahuan manusia begitu luas dan pelbagai sedangkan keupayaan dan sumber-sumber yang ada terbatas, maka kajian kajian ekonomi akan memberi perhatian tentang bagai mana menggunakan sumber-sumber yang terhad itu dengan cara paling cekap supaya mendatangkan hasil yang paling maksimum dan mencapai tingkat kepuasan yang paling tinggi bagi masyarakat keseluruhannya.Kekurangan sumber-sumber berbanding dengan kemahuan bermakna kita tidak dapat menyediakan kehendak bagi semua orang.Ini mengwujudkan masalah asas ekonomi,masalah memilih,apa yang hendak diagihkan dan siapakah yang akan diberikan.Bagi menyelesaikan masalah inilah kajian perlu dibuat dan kemudiannya keputusan-keputusan dari hasil kajian akan diputuskan oleh pihak pemerintah sekarang.Justeru itu dalam bidang ekonomi dan bidang sosio-ekonomi dan politik ".Sebagai bekas kakitangan awam yang telah bertugas diagensi sosio-ekonomi dan politik saya menyarankan kajian terhadap generasi kedua FELDA dijalankan mengikut skop yang ditentukan oleh kerajaan.Paparan Berita Harian, bertarikh 26 Februari 2009 jelas menunjukan generasi kedua FELDA,mahukan tanah untuk tujuan tapak rumah dan sejauh pengalaman saya yang berkhidmat dipejabat Tanah diPahang , saya rasa ada tanah "tersepit" atau "lompong" dalam kawasan FELDA yang boleh dikenalpasti untuk diberikan kepada generasi kedua FELDA, namun demikian mungkin dipohon oleh FELDA Plantations untuk landang-ladang mereka, dan ini perlukan diberikan kepada generasi kedua FELDA, mereka inilah penyambung generasi FELDA yang akan datang yang dahulu diilhamkan oleh Tun Razak bagi generasi pertama.Justeru itu kalau tidak kita membela generasi kedua FELDA ini, siapa lagi.

Saya teringatkan anak-anak saudara saya diJengka 4,seperti anak Akak Milah,anak Pakitam Muhamad, anak Abang Kama (diJengka 17),anak Akak Munah dan Abang Bedu ,anak Awang Zaladin dan lain-lain yang merupakan generasi kedua FELDA yang mungkin telah bertebaran berada diseluruh pelusuk negara mencari rezeki sekarang perlu dikaji dan dibina Database mereka oleh FELDA dari aspek sosio-ekonomi dan politik mereka.

Dr Aminudin

No comments: