Saturday, March 27, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan IX (Strategi Peperangan)


Edisi kali ini saya akan menghuraikan Strategi Peperangan yang digunakan oleh Islam,India,Cina dan Melayu dizaman dahulu.Kemudian saya akan meneliti apa pula strategi peperangan tersebut diterapkan dalam Hikayat Seri Rama yang merupakan naskhah tertua dan istimewa ini.Saya telah membaca buku bertajuk "Pengajian Strategi Sebagai Diplin Ilmu " oleh Mohammad Faisol Keling dan Muhamad Fuad Othman,2006.Kedua penulis itu memetik definisi Clausewitz yang mengatakan strategi itu adalah cara penggunaan ketenteraan atau digerakkan dalam motif atau objektif politik.Bagi saya pula ialah cara atau idea pemerintah atau ketua sesebuah negara dalam peperangan untuk menewas pihak lawan.Buku yang sebut diatas ,sayangnya menghuraikan strategi peperangan moden dan tidaklah menerangkan strategi peperangan oleh Islam,India,Cina dan Melayu dizaman dahulu.Ini adalah penting kerana ia merupakan sejarah yang perlu dikaji dan dibuat perbandingan dengan strategi peperangan dizaman moden ini.Dengan kata lain, kalau tidak ada dahulu, masakan ada sekarang.Malahan yang dahulu sering pula menjadi rujukan sekarang dalam banyak bidang ilmu.

I. Strategi Peperangan Islam.

Islam tidak menggalakkan peperangan atau pencerobohan keatas negara lain, malahan Islam sendiri membawa erti "Salam" atau "Perdamaian".Walaubagaimanapun objektif peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan ajaran Allah SWT dan Allah juga tidak menggalakan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam.Sebenarnya Islam disibarkan bukan menerusi senjata seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh orientalis,sebetulnya Islam disibar menerusi hikmah dan "mau'izah hasanah".Disamping itu ketahanan Islam adalah diasaskan kepada akidah dan kepecayaan kepada Allah SWT,ketahanan fizikal dan ketahanan rohaniah termasuklah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.Ketiga-tiga asas itulah bakal membentuk sebuah negara Islam mengikut syariat yang diperintahkan oleh Allah SWT.Justeru itu kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa meningkatkan ketahanan kita selaras dengan firman Allah dalam al-Quran,Surah al-Anfal,Ayat 60 yang maksudnya :-

"Dan siapkanlan, untuk menghadapi mereka,dengan segala kekuatan yang terdaya olehmu, dengan kuda yang ditambat (yang dengan persiapan ini)kamu dapat menggentarkan musuh Allah,musuhmu dan orang-orang lain yang kamu tidak mengetahuinya-sedangkan Allah mengetahuinya "

Tentera adalah profesion yang mulia dalam Islam.Oleh itu dizaman dahulu orang Arab diasuh sejak kecil untuk berperang.Mereka diajar bermain senjata dan menunggang kuda.Peperangan juga melibatkan orang perempuan,kanak-kanak dan hartabenda.Jadi tidak hairanlah perempuan diperdagangkan dizaman dahulu lantaran peperangan.Dari segi harta benda pula kita dapati 1/4 dari harta rampasan perang diberi kepada syeikh atau ketua kabilah.Harta-harta ini dikategorikan sebagai 1."al-safaya"-harta benda yang dipilih oleh syeikh sebelum diagihkan 2."al-nashitah"-harta benda yang diperolehi dalam perjalanan kemedan perang dan 3."al-fudul"-lebihan harta benda selepas dibahagikan.

Senjata yang digunakan oleh orang Arab dimasa itu ialah pedang,tombak dan panah.Tentera yang berjalan kaki lebih ramai jika dibandingkan dengan tentera berkuda(calvalry).Selain dari itu ada pakar bedah(al-jarrah) dan alat-alat bunyian perang.Ketika itu orang Arab dibahagi kepada Puak Badawi yang tinggal dipadang pasir dan Puak Hadari yang tinggal dibandar sekitar pantai Semenanjung Arab.Motif peperangan pula adalah kerana semangat kesukuan .Bila dizaman Nabi Muhammad SAW didapati peperangan dibahagi kepada 2 iaitu Peperangan yang disertai oleh Nabi(digelar ghazwah) dan Peperangan tidak disertai oleh Baginda (digelar sariyah).Diantara perang yang terkenal ialah Perang Badar,Perang Uhud,Perang Khandak (Al-Ahzab),Perang Muk'tah,Perang Hunayn,Perang Taif,Perang Tabuk dan lain-lain.

Bersambung (edisi akan datang saya akan menghuraikan Struktur Ketenteraan Islam Dan Strategi yang digunakan dalam peperangan, termasuklah bilangan tentera dan gaji tentera Islam)

Dr Aminudin

No comments: