Monday, March 22, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan III


Bahagian Atipan Pertama dan Kedua ,saya telah menghuraikan Sejarah Hikayat Seri Rama yang merupakan Naskhah Melayu yang tertua diNusantara dan juga menghuraikan tentang konsep Melayu.Kali ini saya akan menulis pula tentang Negara Kota dan juga Kerajaan-Kerajaan yang terdapat diAlam Melayu ataupun Nusantara.Saya tidak dapat tidak akan membentangkan Teori Kerajaan Negara Kota Lembah Bama yang telah saya huraikan dalam buku saya tentang Lembah Bama yang diterbitkan pada tahun 2009.Kajian telah dibuat diAlam Melayu bahawa terdapat Negara Kota dan Kerajaan Melayu diNusantara iaitu seperti berikut :-

Negara Kota diAlam Melayu

1.Funan - dikatakan kota yang tertua diAlam Melayu yang merupakan gabungan yang menguasai Tun-Sun,Ko-lo,Pan-Pan,Tambralinga,Langkasuka dan lain-lain.Raja yang dikatakan memerintah Funan ialah Shailaraja yang bermakna Gunung.Ibu kota bagi Funan ialah diVadhapura yang mempunyai pelabuhan bernama oc Eo.Funan dikatakan berperanan dalam bidang politik Asia Tenggara sehingga abad yang ke6 Masehi.

2.Langkasuka- dikatakan wujud pada abad yang ke2 dan merupakan negara kota yang terkenal diTanah Melayu.Ia juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu (panggilan orang Cina),Langasyuka (panggilan orang Arab) dan Ilangasoka (inskripsi dari India).Langkasuka pernah dijajah oleh Funan pada abad yang ke3 hingga abad yang ke6.Dizaman kegemilangan Langkasuka jajahanya meliputi Sng-ku-na (songkla),kun-ha-ti (Pattani),ko-la-tan (Kelantan dan hingga ke Teng-ka-ha-lo (Trengganu) dan juga utara Kedah.Pada abad yang ke13 Masehi,Langkasuka telah dijajah oleh Srivijaya dan pada abad yang ke14 dijajah oleh Majapahit pula.

3.Kedah Tua- negara kota ini dikenali juga sebagai Chieh-cha,Kalagam atau Kadaram.Pelabuhannya terletak diKuala Sungai Kedah dan merupakan Pelabuhan Persingahan bagi para pedagang dari India,Cina dan Nusantara diAbad yang ke3.Pada abad yang ke5 hingga ke10,pusat pentadbiran Kedah Tua terletak disungai emas dan kemudian beralih keLembah Bujang pada abad yang ke10 hingga abad yang ke15 Masehi.Manakala Lembah Sungai Merebuk telah memainkan peranan sebagai pusat ugama hindu dan Buddha pada masa 550-750 Masehi.Kerajaan ini mulai merosot akibat serangan Kerajaan Chola pada tahun 1023 Masehi.

4.Negara Kota Lembah Bama-Kerajaan ini telah wujud sejak Abad yang ke3 lagi, ia digelar Peng-Keng dan ibukotanya ketika itu ialah Tan-Mo-Ling, ia terletak didalam parameter Kajian Lembah Bama iaitu diantara Kampung Relong dengan Kampung Lubuk Kulit,Kuala Lipis dan dikelilingi oleh dua buah sungai iaitu Sungai Teris dan Sungai Telang.Dalam Atipan awal saya ,saya ada mengatakan Konsep Melayu itu berasal dari Dvipa yang membawa pengertian tanah atau negeri yang dikelilingi air.Jadi benarlah yang Kerajaan Melayu Silam adalah diLembah Bama.Penulis dari negeri Cina juga ada mengatakan perkataan "P'ang Kang "boleh dikaitkan dengan harimau dan juga gunung-ganang yang mereka lihat diPahang.Saya yakin ia adalah Gunung Panggang Paku dalam parameter kajian saya diLembah Bama.Menurut laporan Chu Fan Chih dari Cina juga Raja yang memerintah Tan-Ma-Ling bernama Dvaravati pada masa pemerintahan Dinasti Sung dan Yuan iaitu diabad yang ke5.Bahan yang dihasilkan oleh Kerajaan Lembah Bama adalah wangian dan juga barang kemas emas.Jadi Terusan Besar atau Lautan yang merentasi Tanah Melayu pada ketika itu adalah melalui Lembah Bama dan kajian saya disahkan oleh penduduk Kampung Berchang,Kuala Lipis sekarang telah menanam semula pokok gaharu dan lagipun diKecau Tui dan Penjom, masih terdapat banyak lagi emas yang dilombong sekarang.Digambar foto diatas saya paparkan Peta Asia Tenggara diAbad ke13 yang sebenarnya wujud sejak 100 Masehi lagi dipetik dari The Encylopedia of Malaysia-Early History,1998.Dimana ia mengesahkan Teori Lembah Bama yang terdapat Terusan Merentas Tanah Melayu dari Kedah keLembah Bama dan diakhiri diPekan,Pahang.

Bersambung dengan Negara Kota lain

Dr Aminudin

No comments: