Tuesday, March 23, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan VI


Perbincangan Mengenai Naskhah Melayu Tertua DiNusantara

Dakwaan Dr Uli Kozok dari Jerman yang dia menemukan Naskhah berjudul "Naskhah Undang-Undang Tanjung Tanah " ,diera Kerajaan Adityawarman yang diberikan tarikh 1345-1377 sebagai Naskhah Tertua DiNusantara, menarik perhatian saya untuk mengulasnya.Sebelum itu kita lihat kepada istilah "Naskhah " yang saya gunakan iaitu bererti karangan,rencana atau rancangan yang siap ditulis (Yaakub Isa,Kamus Bahasa Melayu Klasik,1997,ms 116.Justeru itu Naskhah bermaksud apa juga yang dituliskan baik diatas kertas,kayu,batu,kulit,belulang,dinding,upih dan sebagainya.Begitu juga "aksara" bermakna scrip.Manakala "inskripsi" adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris iaitu inscription.Huraian saya dari segi sejarahnya akan merangkumi Era Sebelum Islam dan Era Kedatangan Islam dimana turut mencoretkan Kerajaan Melayu DiNusantara.

1.Era Sebelum Kedatangan Islam.

Saya telah mencoretkan tentang Kerajaan-Kerajaan Negara Kota diAlam Melayu sebelum ini diantaranya ialah Kedah Tua yang mendapat pengaruh dari India.Banyak bukti-bukti bertulis menerusi penemuan inskripsi diIndia Selatan yang dikenali "Larger Leiden Plate" yang ditarikhkan 1025 Masehi yang mencatatkan Maharaja Sailendra adalah Raja Kedah Tua itu.Sebuah lagi inskripsi yang dijumpai diTanjore juga bertarikh 1025 Masehi mengatakan Raja Kadaram (Kedah) telah ditawan oleh Raja Cola.Begitu juga jumpaan inskripsi diPerumber yang bertarikh 1069-70 Masehi yang mengatakan India dibawah Raja Cola menawan Kedah.Manakala berdasarkan sumber dari Cina menerusi Di-hua-jia-luo yang diperoleh dari Diwakara dan juga inskripsi dari Canton yang mengatakan Raja Cola yang memerintah Kedah bernama Kulottungga.Disamping itu juga dalam Sumber Tamil pula yang bertarikh 1089-1090 Masehi mengatakan mereka menghadiahkan kampung kepada duta Raja Kedah yang mereka panggil Kidara.Ini boleh juga didapati dalam " Puisi Tamil" diAbad yang ke12.Ingin saya mengkaji sedikit tentang kebudayaan dan Kesusasteraan India dalam tamadun mereka dimana saya teliti kurikulumnya adalah mengikut kasta berikut:-

Brahmin -kurikulum pendidikannya adalah tentang Veda,Anga dan skrip-skrip Mimamsa,Smriti,Purana dan karmakanda.

Khastriya-kurikulum pendidikannya tentang catan,astonomi,drama,matematik,nahu,veda,logik,estimologi,senjata,kuda,gajah,ithihasa,ayurvedha dan sains ketenteraan adalah dikhususkan.

Vaisya -kurikulumnya matematik.

Ada empat ilmu pengetahuan utama diIndia yang mereka pelajari iaitu Arviksihi(falsafah),Trayi (Veda),Varta(pertanian,perternakan dan perdagangan) dan Dandaniti (politik)

Subjek yang penting dalam zaman klasik India ialah Nyaya,Sejarah,Purana,Mimamsa,Ramayana,Bharata,Smrti,Darsana,alegori dan Muzik.

1.2 .Bahasa Melayu Purba dan Pola Komunikasi

Keadah berkomunikasi masyarakt Melayu Purba sudah tentulah secara lisan dan bukanlah dalam bentuk buku atau Naskhah manuskrip.Mereka menjalankan secara lisan dan menghafalnya dan malahan masyarakat Arab,Cina dan India yang berhubung dengan diNusantara ketika itu.Banyaklah bentuk lisan ini dijelmakan dalam puisi.Jadi lahirlah pantun,teka-teki,talibun,mentera,gurindam syair dan lain-lain.Manakala dalam bentuk prosa pula lahirlah cerita rakyat.Cerita rakyat ini boleh berbentuk cerita pendek,mitos,cerita legenda,cerita jenaka dan hikayat.Dalam keadah lisan inilah masyarakat Melayu mengunakan teknik penghafalan dan hingga kini terbukti anak-anak Melayu berjaya dalam menghafal al-Quran sebagai bukti lanjutan tradisi lisan itu.Jadi dahulu adalah benar mereka dapat menghafal hikayat sebelum kedatangan Islam.Bahan-bahan hafalan inilah diturunkan kepada satu generasi kesatu generasi.Inilah menjadikan terdapat undang-undang bertulis misalanya Adat Pepatih dan Temenggong dan malahan dijumpai oleh orentalis dari Jerman itu.Kata lain," naskhah Melayu Purba adalah dalam minda orang Melayu " bukan hanya diinskripsi.Inilah kekuatan Melayu dibanding dengan orang barat!.Justeru itu dari minda atau dalam otak orang Melayu itu dijelmakan pula pada batu-batu bersurat yang banyak ditemukan diabad yang ke7 Masehi.Andaian para pengkaji linguistik ialah bahawa masyarakat Melayu purba ketika itu belum mengenal aksara walaupun mereka mempunyai bahasa dan aktiviti mereka kebanyakan dalam bentuk lisan.

Catatan Bahasa Melayu purba sebenarnya wujud dalam bentuk lukisan dan tidak dalam bentuk aksara, umpamanya mereka membuat lukisan digua-gua ataupun mereka mereka melukis pada kayu,tulang,upih,daun dan sebagainya.Ini dapat saya perhatikan kepada kemahiran masyarakat Nusantara yang yang boleh mengukir kayu jati diIndonesia,diTerengganu,Kelantan dan lain-lain.Sekiranya tidak diturunkan dari generasi kegenerasi masakan ia berkekalan sekarang.Kajian Prof Ismail Hussein juga mendapati bahawa orang Nusantara sebenarnya memiliki sistem aksara yang berasal dari aksara Kampuchea Kuno.Bekas atau kesan ini bolehlah dikesan diaksara rencong diSumatera Selatan,Bangkahulu,Hulu Palembang,Lamung,Batak,Bugis dan Makasar.Justeru itu ,saya difahamkan orentalis yang membuat penemuan tersebut diatas telah berkawin dengan orang Batak itu bolehlah menyelidik pekara ini dengan mendalam.Akhirnya masyarakat melayu yang mempunyai tradisi lisan tadi lebih banyak menggunakan bahan -bahan yang bersifat keras, ini kerana mereka lebih bijak mengetahui alam persekitaran mereka yang selalu terancam oleh bencana alam.Oleh itu banyaklah batu-batu bersurat atau nisan yang mereka tuliskan sebagai medium komunikasi mereka.Ini banyak dikesan batu bersurat diabad yang ketujuh yang akan saya huraikan dalam era kedatangan Islam namun pengaruh India dalam aksara masih bercampur- baur tidaklah dapat kita elakan.

Bersambung Era Kedatangan Islam KeNusantara Dan Hujah Tentang Negeri Pahang Menerima Islam Terus dari Arab dan Bukti Batu Nisan DiKampung Pematang Pasir Bertarikh 1028 Masehi Adalah Yang Tertua DiNusantara.

Dr Aminudin

No comments: