Wednesday, March 31, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XII (Strategi Peperangan-India)


III.Strategi Peperangan India.

Sejak Kerajaan Aryanlah tradisi peperangan dan ketenteraan bermula, mereka menganggap peperangan adalah sukan raja dan cara untuk menyelesaikan konflik.Peperangan diIndia bersifat kelas atau Kasta.Mengikut Sistem Varna penduduk India dikelaskan seperti berikut:-

1.Brahman adalah kelas keugamaan.
2.Khastriya adalah pahlawan yang menjalankan tugas melindung,mentadbir dan berperang.
3.Vaishya menjana kekayaan.
4.Sudra pula berkhidmat untuk orang lain.

Mengikut kepercayaan orang India ,Raja yang kuat amat diperlukan untuk mentadbir dan juga mengawal kosmik bumi.Justeru itu dalam Epik Mahabaratha dinyatakan bahawa seorang lelaki harus memilih seorang raja dahulu dan kemudianlah baru memilih isteri.

Dari segi struktur ketenteraan India dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu tentera bergajah,tentera berkuda,tentera berkuda yang ada keretanya dan tentera infantri.Dari sumber "Arthasastra" ada menyebut satu unit tentera India silam terdiri dari 45 kereta kuda,45 ekor Gajah,225 ekor kuda dan 675 anggota tentera.Pada zaman Pertengahan tentera India pula mempunyai panglima agung yang dikenali sebagai Mahasenapati.Dibawahnya terdapat kapten bergelar Nayaka.Manakala peralatan yang digunakan oleh tentera India adalah meriam,kayu,panah,pedang,tombak,lembing dan lain-lain.Bagi menentukan tarikh peperangan ahli astrologi memainkan peranan penting.Raja Babur yang merupakan pengasas Empayar Moghul telah memperkenalkan senjata api terutama dalam peperangan di Penipat dan Khanwa.Masa Raja Akhbar pula memperkukuhan pasukan tentera kavalrinya dengan memperkenalkan sistem Mansabdari.

Kajian sejarah peperangan India mengiktiraf Kautilya sebagai pemikir strategi peperangan diIndia.Beliau berkhidmat ketika Empayar Maurya sebagai seorang menteri.Dia telah menghasilkan karya bergelar Arthasastra (Science of Power).Karya ini dihasilkan pada abad yang ke3 Sebelum Masehi.Buku beliau ini dibahagikan kepada 15 bahagian yang membincangkan aspek ketenteraan dan pemerintahan.Dalam buku itu juga beliau telah memberikan empat strategi untuk memenangi peperangan iaitu :-

1.Memujuk musuh melalui perbincangan.
2.Memberi rasuah.
3.Memecah belahkan tentera musuh dengan menimbulkan persengketaan.
4.Melancarkan perang jika semua perkara diatas tidak berkesan.

Idea dan pendapat Kautilya ini juga diterapkan oleh pemerintahan Rajput dan Maratha yang mereka merasakan tentera patut berjuang hingga mati dan inilah matlamat spiritualnya.

Dr Aminudin

No comments: